Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.la.ka] | چلاک

Definisi : 1. malang (bkn nasib seseorang), sial, tidak baik: nasibnya sungguh ~; 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan (kesusahan dll), kemalangan, kesialan: apabila sudah mendapat ~, seorang pun tidak datang menolong; 3. makian, keparat, jahanam, bedebah: anak sial, anak ~! 4. seruan utk menyatakan kemarahan (kekecewaan dll): Ah, ~, apalah nasib; ~ tiga belas malang sekali; mencelakakan menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dll): lubang itu digali orang utk ~ kita; dia ~ setiap orang yg berkawan dengannya; kecelakaan bencana, kemalangan, kesusah­an, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.la.ka] | چلاک

Definisi : 1 tidak baik (ttg nasib); tidak bahagia; malang; sial: ~ sungguh dia pagi itu, sudahlah terjatuh di tangga, ketinggalan pula wangnya di rumah. 2 = kecelakaan sesuatu yg mendatangkan kesusahan atau kesengsaraan; bencana; kemalang­an. 3 kata makian yg bermaksud bedebah atau jahanam: Si ~, pergi engkau dr sini! mencelakakan menyebabkan mendapat celaka; menjahanamkan: Mana ada orang tua yg hendak ~ anaknya? kecelakaan 1 bencana; kemalangan; celaka: Beliau telah mendapat ~ semasa merantau dahulu. 2 tertimpa atau ditimpa celaka: Jiran saya ~ baru-baru ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celaka

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Celaka ayam,
     padi masak makan ke hutan.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah makna CelakaKamus Dewan menakrifkan celaka sebagai; 1. malang (berkenaan nasib seseorang), atau disebut juga sial, 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan 3. makian dan 4. seruan untuk menyatakan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya.Makna12.03.2009
saya tahu bahawa celaka bermaksud malang. Tetapi bolehkah kemalangan jalan raya ditukar menjadi kecelakaan jalan raya?Kamus Dewan menakrifkan malang sama ertinya dengan celaka. Merujuk kepada makna yang tersebut kemalangan jalan raya sama ertinya dengan kecelakaan jalan raya, walau bagaimanpun frasa kemalangan jalan raya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.08.2011
Tuan / Puan yang dihormati, Adakah perkataan 'kecelakaan' tidak sesuai digunakan untuk bina ayat? Contohnya, Kita haruslah berhati-hati untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya. Adakah celaka perkataan yang kasar? Terima kasih.Kecelakaan dari kata dasar celaka tetapi membawa makna baharu, iaitu kemalangan. Kecelakaan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa04.04.2017
Apakah maksud, 'Bagaikan serai ditimpa jambak' dan 'Jong jong inai, mak ipong rajawali'?Maksud 'Bagaikan serai ditimpa jambak' ialah menjadi celaka kerana perbuatan (kawan,kaum dan sebagainya) sendiri. Manakala 'Jong jong inai, mak ipong rajawali', pihak kami sedang membuat rujukan untuk menemukan maksud yang bersesuaian. Pihak kami juga telah mengambil butiran puan untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain03.11.2010
Adakah penggunaan perkataan sarau sama seperti malang. contohnya: sarau sekali, telefon bimbit barunya dicuri jirannya. terima kasihSarau dalam bahasa Minang bermaksud celaka atau malang.Makna19.08.2009
KemalanganPertanyaan saudara tidak jelas. Jika yang dimaksukan ialah definisi kemalangan, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kemalangan ditakrifkan sebagai 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). Istilah18.02.2009
Kita perlu pergi segera, untung masih ada orang menunggu kita. Kami mendapat untung yang banyak semasa hari kantin yang lepas. penggunaan untung dalam kedua-dua ayat betul kah? tqAyat tersebut betul. Makna untung dalam ayat pertama ialah tidak sial (celaka), bernasib baik. Untung dalam ayat kedua pula bermaksud keuntungan- hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan, dll yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba.Tatabahasa26.08.2008
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, ter­lalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. Tatabahasa20.08.2010

Kembali ke atas