Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendawan

Puisi
 

Kembang cendawan di tengah padang,
     Tempat Cik Siti memacu kuda;
Pada bulan baik bintang,
     Sungguhpun kecil selalu ada.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk jambatan? sebuah atau sebatang? sebelum ini saya pernah terbaca buku rujukan yang menyatakan bahawa cendawan, penjodoh bilangannya ialah kaki. Adakah itu betu?

1. Sebuah jambatan.

2. Ramai juga penulis yang menggunakan 'sekaki' cendawan merujuk kepada cendawan yang besar hampir sebesar payung. Namun ada juga yang menggunakan kuntum sebagai penjodoh bilangannya.

Tatabahasa21.05.2009
Salam sejahtera tuan. Peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan' membawa maksud apa dan biasanya digunakan dalam aspek apa? Bolehkah peribahasa ini digunakan dalam ayat yang berikut ini? - Belakangan ini, kongsi gelap yang terdapat di negara kita boleh dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Maklum balas tuan amat dihargai.Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa. Penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat adalah betul.Tatabahasa18.07.2013
apakah penjodoh bilangan untuk CENDAWAN? apakah buku / rujukan yang boleh digunakan untuk rujukan bagi penjodoh bilangan.Penjodoh bilangan bagi satu cendawan ialah sekuntum. Namun bukan semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Saudara boleh merujuk buku atau portal utusan pendidikan untuk merujuk penggunaannya yang boleh dicapai melalui laman web.Tatabahasa07.12.2007
1.Penggunaan kata ganti nama 'ia' 2.penjodoh bilangan bagi cendawan

1. Kata ganti nama "ia" tergolong dalam kata ganti nama diri orang ketiga yang hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara. Tidak boleh digunakan untuk binatang.

2. Tidak ada penjodoh bilangan khusus untuk cendawan. Bergantung pada bentuk dan kuantitinya.

Tatabahasa02.02.2009
Merujuk soalan 57 yang bertarikh (12/9/09), jawpaan yang tuan berikan ialah ' Emak memberikan sekeping angpau...'. Soalan saya: Bolehkah saya menggunakan penjodoh bilangan 'sebuah' untuk ayat tersebut? Bagi saya, angpau bukanlah berbentuk pipih dan nipis, sebaliknya berbentuk sarung yang biasa diisikan dengan wang. Terima kasih.Walaupun berbentuk sarung yang biasa diisikan dengan wang tetapi ia tetap nipis kecualilah berbungkus seperti hadiah. Penjodoh bilangan tidaklah tetap untuk sesuatu benda itu sebaliknya bergantung kepada bentuk dan keadaan. Contoh: Setandan pisang. Sesikat pisang. Seulas pisang. Sekaki cendawan. Sekuntum cendawan. Secawan air. Seteguk air. Sebungkus angpau. Sekeping angpau. Sedozen angpau. Dll.
Lain-lain18.10.2009
Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan.
Tatabahasa16.08.2013

Kembali ke atas