Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.de.kia] | چندکيا

Definisi : berakal, cerdik, pandai; cerdik ~ cerdik pandai, terpelajar, intelektual; kaum cerdik ~ kaum terpelajar, kaum intelek; kecendekiaan segala sifat yg berkaitan dgn cendekia, kecerdikan: melalui pendedahan tersebut, pelajar akan memperoleh pengalaman ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.de.kia] | چندکيا

Definisi : pintar akalnya; cerdik; pandai. cerdik ~ cerdik pandai; terpelajar. kecendekiaan hal atau sifat cendekia; kecerdikan. cendekiawan kaum (orang) cerdik pandai; kaum (orang) terpelajar; intelektual. kecendekiawanan hal atau sifat cendekiawan: Buku itu memaparkan ~ pemimpin itu sbg orang yg mempunyai visi dan prihatin terhadap rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendekia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah manfaat belajar penutur asing dan cendekia Bahasa? Adakah DBP ada memberi kursus “Penulisan Karangan dan kursus Tatabahasa” kepada mereka?Salam sejahtera, Manfaat Kursus Akademi DBP Manfaat kepada pelajar penutur asing Pelajar didedahkan dengan empat kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. • Pelajar didedahkan dengan perkataan asas mengikut topik yang dipelajari. • Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam bentuk latihan yang diberikan. Manfaat kursus cendekia bahasa. Kursus Cendekia bertujuan untuk memberikan pengetahuan tentang aspek tatabahasa bahasa Melayu seperti pembentukan kata dan ayat. Tiada topik yang khusus untuk penulisan karangan. Pada akhir kursus, peserta akan dapat: * Mengenali dan memahami jenis tanda baca dan penggunaannya yang betul. * Mengenali bentuk kata dan golongan kata. * Mengenali bentuk dan jenis ayat. * Mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat pada dokumen rasmi. * Menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam urusan rasmi sama ada lisan mahupun penulisan. Sekian, terima kasih.Lain-lain29.06.2021
Assalamualaikum.apakah ungkapan menarik yang sesuai utk ganti tajuk kata alu-aluan dalam majalah sekolah..contoh bicara cendekia/bicara/amanat pemimpin..ataupun ada ungkapan lain.terima kasihWaalaikumsalam. Ketiga-tiga ungkapan "bicara cendekia/bicara/amanat pemimpin" boleh digunakan sebagai kata alu-aluan atau ungkapan dalam majalah sekolah.Lain-lain14.03.2015
Bagaimanakah saya boleh menganjurkan kursus Penutur asing dan cendekia Bahasa yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia(DBP)?Hal ini dikatakan demikian kerana Saya belum menganjurkan kursus Penutur Asing pada MacSalam sejahtera,

Kursus Penutur Asing

Kursus penutur asing akan diadakan setiap hari selasa dan khamis. Diadakan dari pukul 10pagi-12tghari. Peserta akan didedahkan dengan empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Jika berminat boleh hubungi pegawai projek, Puan Amirah Syafawani binti Ab Aziz melalui talian 03-21470211 atau e-mel syafawani@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain01.07.2021
Saya berminat menganalisa novel Cakra Waruga karya Pak Arena Wati untuk Extended Essay. Topik yang saya ingin bincangkan ialah berkenaan tentang kritikan dan masalah yang dihadapi oleh golongan intelek. Apa perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggabungkan kedua-dua ini. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan "polemik", adakah ia relevan?

Perkataan polemik lazimnya digunakan bagi tujuan yang melibatkan kegiatan pertukaran, perbantahan atau perdebatan antara dua pihak yang berbeza pandangan mengenai sesuatu isu/masalah.  Jika  saudara melakukan penghujahan dengan menggunakan teknik/kaedah sedemikian dalam esei saudara,  maka saudara bolehlah menggunakan perkataan tersebut bagi tujuan penghujahan subjek yang ingin saudara ajukan.

 Adakah soalan saudara itu juga bertujuan untuk mendapatkan judul esei yang sesuai?  Jika demikian saya mencadangkan judul esei saudara ialah " Analisis kritis permasalahan golongan cendekia dalam Cakra Waruga"atau "Polemik permasalahan golongan cendekiawan dalam Cakra Waruga" dengan memasukkan hujahan sokongan dan sanggahan. 

Salam takzim.

Lain-lain03.08.2010

Kembali ke atas