Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ada melihat teks pengacara utk satu majlis rasmi kerajaan. terdapat perkataan yang diguna iaitu 'CENDERA KENANGAN'. maksud yang ingin disampaikan ialah cenderamata/cenderahati. Adakah perkataan tersebut boleh digunakan? saya sendiri telah menggunakannya dalam satu majlis memandangkan ia kelihatan menarik. bagaimanapun, apabila saya semak perkataan tersebut di laman ini, ia tiada dalam kamus.

Kata "cendera" itu sahaja bermaksud "lena". Sebab itu timbulnya kata "cenderamata" bermaksud "lena mata". Namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. Kalau hendak diterjemahkan menjadi "lena hati". Maksudnya apabila kita menerima sesuatu pemberian, hati menjadi suka/tenang dan diterjemahkan dengan "lena" atau "cendera". Ada juga yang menggabungkannya dengan kata "durja" yang bermaksud "wajah".

Kalau cendera kenangan. "Lena kenangan". Bagi saya gabungan ini tidak sesuai. Bagaimana dengan saudara?

Istilah02.01.2009
Salam 1Bahasa, Tuan, 1. Perkataan 'ubahsuai' dikatakan perkataan terbaharu Kata Nama Majmuk Mantap yang akan dimasukkan dalam Tatabahasa Dewan pada masa akan datang. 2. Ungkapan 'Sehubungan dengan itu...' dikatakan lewah kerana dalam Kamus Dewan, ungkapan 'sehubungan' bermaksud 'berkaitan dengan'. Dengan kata lain, 'Sehubungan (berkaitan dengan) dengan itu...' adalah lewah. Ada juga yang mengatakan fungsinya sebagai penanda wacana. 3. Perkataan 'cendera' dikatakan bermaksud 'melalaikan mata'. Jadi, kata nama 'cenderamata' adalah lebih tepat berbanding dengan 'cenderahati'. Dengan kata lain, kita bukannya hendak melalaikan hati tetapi melalaikan mata dengan pemberian cenderamata. 4. Perkataan 'sempang' dikatakan merujuk kepada penggunaan kata ganda, contohnya, gunung-ganang manakala perkataan 'sengkang' pula dikatakan merujuk kepada maksud 'hingga', contohnya, dari pagi - petang. Mohon penjelasan tuan tentang perkara di atas. Terima kasih.1. Ubah suai tidak tergolong dalam kategori kata majmuk yang telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan. Sehingga kini ubah suai dieja sebagai dua perkataan.
2. Perkataan sehubungan bermaksud berkaitan dengan atau bersangkutan dengan. Frasa "sehubungan dengan itu" bermaksud sama dengan. Berdasarkan makna yang tersebut, perkataan sehubungan itu/sehubungan dengan itu sama, kedua-duanya boleh dipakai. Walau bagaimanapun, frasa "sehubungan dengan itu" yang lebih tepat kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu, perlu adanya perkataan dengan dalam frasa tersebut.
3. Perkataan cenderamata dan cenderahati, kedua-duanya diterima pakai bagi merujuk sesuatu yang diberikan kepada seseorang sebagai tanda ingatan.
4. Dalam Kamus Dewan perkataan 'sempang' dan sengkang kedua-duanya boleh merujuk simbol yang digunakan dalam kata hubung. Walau bagaimanapun kedua-dua perkataan tersebut ada makna lain yang tidak boleh disamakan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.
Tatabahasa14.04.2012

Kembali ke atas