Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.de.ra.ma.ta] | چندرامات

Definisi : 1. sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan, cenderadurja, cendera­hati, tanda mata; 2. kekasih, buah hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.de.ra.ma.ta] | چندرامات

Definisi : 1 sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan; pemberian; tanda mata. 2 kesayangan (anak atau kekasih); jantung hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cenderamata


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
cenderahati atau cenderamatacenderamata- seperti sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda penghargaan.Istilah13.03.2012
selamat pagi, saya ingin bertanya yang mana satukah betul..banyak memberi cenderamata atau memberi banyak cenderamata? satu konsert atau sebuah konsert? bolehkah encik jelaskan sebab penggunaannya? terima kasih

Penggunaan yang betul ialah memberi banyak cenderamata dan satu konsert. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut.

Tatabahasa18.02.2011
salam.... apa itu cenderamata dan cenderahati..Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan.Istilah08.06.2011
yang manakah betul untuk digunakan cenderamata atau cenderahatiCenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata.Lain-lain07.05.2005
apakah perbezaan penggunaan kata cenderamata dan cenderahati? Apakah makna tersendiri kata cenderamata dan cenderahati?kedua-dua membawa maksud yang sama. cenderamata 1. sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata; 2. kekasih, buah hati.Tatabahasa10.07.2007
saya mengharapkan bantuan pihak tuan/puan agar dapat memberikan bilangan, keluaran edisi dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukan ttg penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? Terima kasihSila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994.Lain-lain13.08.2007
dapatkah pihak tuan/puan membantu dalam mencarikan saya bilangan dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukakan tentang perbincangan mengenai perbezaan di antar penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? terima kasihSila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994.Lain-lain13.08.2007
Salam, adakah 'cenderamata' dianggap sebagai kata majmuk bentuk yang telah mantap? Terima kasih.Dalam bahasa Melayu hanya terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap iaitu, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu.Tatabahasa10.07.2013
Apa perbedzaan cenderamata dan cendrahati dan bila digunakanCenderamata dan cenderahati mempunyai maksud yang sama, iaitu sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan dan boleh digunakan bagi maksud yang sama juga.Makna17.11.2011
mana yang lebih tepat penggunaannya cenderamata atau cenderhati bila dicetak dalam atur cara majlis atau semasa juruacara menjemput penerimaCenderamata dan cenderahati, kedua-duanya betul dan boleh digunakan.Tatabahasa17.11.2011
123

Kembali ke atas