Buku text Tadika 3Q dengan gambar Kerang yang belum terbuka yang di letak dalam bakul, di gelar CENGKERANG Saya berdebat dengan guru tadika, bahawa itu Kerang, bukan Cengkerang, kalau Cengkerang, itu seharusnya kerang atau siput yang dah mati cuma tinggal cengkerang Harap pihad DBPM memberi nasihat | Untuk makluman, ejaan yang betul ialah cangkerang. Ia membawa maksud kulit luar yg keras (pd kerang, siput babi dll). Ini bermakna, cangkerang bukannya mewakili kerang atau siput yang telah mati sahaja, tetapi untuk yang masih hidup juga. Untuk lebih jelas boleh rujuk di sini. | Lain-lain | 03.08.2015 |
Assalamualaikum, Jika cangkerang merupakan ejaan baku bagi istilah tersebut, mengapakah variasinya iaitu cengkerang dapat ditemukan dalam bahagian 'Istilah Malaysia' PRPM? | Bentuk baku ialah cangkerang seperti yang terdapat dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Kedua. Bentuk ejaan cengkerang bukan variasi kerana cengkerang tidak terdapat dalam kedua-dua kamus rujukan yang dinyatakan. | Ejaan | 20.10.2017 |
1)Adakah kosa kata 'cengkerang' masih digunakan untuk maksud kulit kerang? 2)Lagu rakyat 'enjit' atau 'injet' atau 'enjet' semut, yang manakah betul? | 1. Ejaan yang betul ialah cangkerang. LihatĀ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cangkerang. 2. Dalam data kami Enjit-enjit Semut. LihatĀ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=enjit+semut. | Tatabahasa | 05.09.2014 |
Dalam korpus DBP, berapa banyak kalikah kata 'cangkerang' terakam dan berapa banyak kali pula kata 'cengkerang' terakam? | Data korpus DBP boleh diakses oleh pengguna melalui laman web www.dbp.gov.my. Pilih menu yang berkenaan satu demi satu: Perkhidmatan, Produk Penyelidikan Bahasa Melayu, Pengkomputeran Bahasa dan akhirnya Pangkalan Data Korpus. Kami berharap pengguna dapat menggunakan kemudahan yang ada dan memanfaatkan data berkenaan dengan sebaik-baiknya. | Lain-lain | 19.11.2018 |
Apakah terjemahan bagi 'shell company' yang merujuk kepada sesebuah syarikat atau perbadanan tanpa operasi perniagaan yang aktif atau aset tertentu.Shell company biasanya ditubuhkan bagi menyembunyikan aset peribadi di bawah nama perniagaan palsu untuk mengelak liabiliti cukai. Contoh senario seperti, seseorang yang menubuhkan syarikat palsu yang boleh dilakukan dengan mendapatkan dokumen yang sahih untuk membuka sebuah akaun bank di bawah nama syarikat tersebut. Akan tetapi, beliau memasukkan wang haram ke dalam akaun tersebut bagi menampakkan yang ia diperolehi secara sah. Shell company juga boleh ditubuhkan untuk tujuan yang sah seperti membantu mereka yang baru memulakan perniagaan mendapatkan tawaran awam lebih murah dan muda dalam bursa saham. Satu lagi contoh tujuan penubuhannya ialah apabila sesebuah syarikat berhubungan secara kewangan dengan syarikat lain. Namun, jika Syarikat A tak mahu berurus niaga dengan Syarikat B kerana Syarikat B mempunyai reputasi kurang baik, Syarikat B boleh menubuhkan satu shell company sebagai penyamaran supaya transaksi boleh dlakukan. Jadi apakah istilah paling sesuai untuknya? Syarikat palsu? Syarikat penyamaran? syarikat cengkerang? syarikat petala? Dan saya bukannya merujuk kepada Syarikat Shell (syarikat minyak) itu. Terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, belum ada istilah dalam bahasa Melayu untuk perkataan “Shell Company”. Kami mencadangkan tuan/puan menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam huruf condong (Shell Company). Sekian. Terima kasih. | Istilah | 29.08.2017 |