Mohon terjemahan atas kata berikut: Corporate Governance 1. Board Of Independence 2. CEO duality Capital Structure 1. Short Term to Total Debt 2. Long Term to Total Debt 3. Total Debt to Total Asset 4. Leverage 5. Short Term Leverage 6. Long Term Leverage 7. Divident Policy Firm Characteristic 1. Firm Size 2. Leverage 3. Age Firm 4. Liquidity 5. Board Size Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Corporate Governance – Tadbir Urus Korporat 2. Board of Independence – Lembaga Bebas 3. CEO duality – Kedualan KPE atau Kedualan CEO 4. Capital Structure – Struktur Modal 5. Short Term to Total Debt- Hutang Jangka Pendek kepada Jumlah Hutang 6. Long Term to Total Debt - Hutang Jangka Panjang kepada Jumlah Hutang 7. Total Debt to Total Asset - Jumlah Hutang kepada Jumlah Aset 8. Leverage – Leveraj 9. Short Term Leverage – Leveraj Jangka Pendek 10. Long Term Leverage – Leveraj Jangka Panjang 11. Divident Policy – Dasar Dividen 12. Firm Characteristic – Ciri-Ciri Firma 13. Firm Size – Saiz Firma 14. Leverage - Leveraj 15. Age Firm – Usia Firma 16. Liquidity - Kecairan 17. Board Size – Jumlah Ahli Lembaga Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2017 |
Salam, bagaimanakah cara penulisan kata sapaan untuk seseorang yang berpangkat CEO syarikat swasta dan bergelar Tuan Haji? Adakah Yang Berusaha atau YBhg? | Yang Berusaha. Sapaan 'Yang Berbahagia' hanya digunakan untuk orang-orang yang bergelar seperti Tan Sri, Datuk Seri, Datul dan seumpamanya yang bukan menyandang tugas wakil rakyat. | Istilah | 01.03.2019 |
soalan saya sebelum ini dan jawapan yg diterima : Soalan : Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasih Jawapan : Dalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan. Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain. Soalan baru : Saya ingin mengetahui susunan nama orang yang mendapat salinan kepada itu dari sudut protokol - adakah dari CEO, ED, Manager atau bermula dari manager, ED dan CEO terima kasih | Dalam protokol, lazimnya pegawai atasan sesebuah organisasi atau dalam sesebuah jawatankuasa akan diletakkan pada permulaan dan diikuti staf/ ahli jawatankuasa bawahan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP. | Tatabahasa | 09.12.2013 |