Minta nasihat tuan tentang penggunaan perkataan "cerah". Adakah "cerah" sesuai digunakan dalam ayat yang berikut. "Kita perlu menjalankan aktiviti gotong-royong bersama keluarga kita supaya kawasan rumah kita menjadi bersih dan cerah." Menurut cikgu kelas bimbingan, pengguna "cerah" adalah tidak betul dan patut digantikan dengan perkataan "ceria". Sila berikan nasihat , terima kasih. | Perkataan cerah kurang tepat dalam konteks ayat tersebut, kata yang tepat ialah "ceria" atau "cantik". | Lain-lain | 13.09.2021 |
Minta nasihat tuan tentang penggunaan perkataan "cerah". Adakah penggunaan "cerah" sesuai dalam ayat ini? Menurut cikgu kelas tuition, penggunaan cerah adalah salah dan patut diganti dengan perkataan "ceria". Ayat: Kita perlu menjalankan aktiviti gotong-royong bersama keluarga kita supaya kawasan rumah kita menjadi bersih dan cerah. | Perkataan cerah kurang tepat dalam konteks ayat tersebut, kata yang tepat ialah "ceria" atau "cantik". | Lain-lain | 13.09.2021 |
otak yang cerah membolehkannya menjawab soalan dengan tenang. (Munsyi, adakah cerah sesuai digunakan dalam ayat ini? TK banyak) | Penggunaan perkataan cerah sesuai digunakan. Menurut Kamus Dewan, cerah merupakan kata kiasan yang bermaksud berakal dan cerdik. Sila layari cerah">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cerah. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Masa depan yang lebih cerah atau masa depan yang cerah? | Frasa "Masa depan yang lebih cerah" dan "masa depan yang cerah" kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 11.10.2022 |
Adakah prasa 'mohon pencerahan' ini tepat penggunaannya? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. Jadi, frasa itu boleh digunakan. | Lain-lain | 27.10.2014 |
Otak budak itu "cerah" dan pintar dalam pelajaran. adakah perkataan cerah sesuai digunakan dalam ayat ini? | Mengikut Kamus Dewan, kata “cerah” mempunyai makna kiasan untuk berakal, cerdik, contoh ayat: Mujurlah Abang Mat cerah sikit. | Makna | 15.04.2014 |
Kebelakangan ini ramai yang menggunakan perkataan 'mohon pencerahan' untuk mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu perkara. Adakah penggunaan perkataan 'pencerahan' ini betul? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. | Lain-lain | 23.09.2014 |
Salam sejahtera.Adakah penggunaan perkataan 'cerah' dalam ayat ini betul? Penglihatannya bertambah cerah setelah memakai cermin mata. Terima kasih. | Perkataan cerah kurang tepat dalam konteks ayat tersebut, kata yang tepat ialah "jelas". | Tatabahasa | 12.08.2014 |
Dia jarang memakai pakaian yang berwarna cerah kerana cepat kotor (tuan, cerah wajar digantikan dengan apa perkataan? TK) | Penggunaan perkataan cerah adalah betul. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Kebanyakan orang pada masa kini menggunakan kata 'pencerahan' bagi menggantikan kata 'penjelasan'. Adakah kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan, "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. | Lain-lain | 14.09.2015 |