Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceraikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ceraikan ayat majmuk kepada ayat tunggal. Azmi menjerit kesakitan apabila kulupnya dipotong.Untuk kesekian kalinya jika betul-betul berminat untuk mengetahui tentang berkhatan, rujuk artikel tentang berkhatan, seperti capaian, http://www.hmetro.com.my/node/15981. Untuk pertanyaan bahasa, kemukakan pertanyaan dengan sopan dan jelas.Lain-lain06.11.2015
Ceraikan ayat majmuk kepada ayat tunggal. Azmi berbogel apabila dikhatankan.Jika betul-betul berminat untuk mengetahui tentang berkhatan, rujuk artikel tentang berkhatan, seperti capaian, http://www.hmetro.com.my/node/15981. Untuk pertanyaan bahasa, kemukakan pertanyaan dengan sopan dan jelas.Lain-lain06.11.2015
ceraikan suku kata untuk 1. tiup = ti + up 2. naik = na + ik 3. menaiki = me + na + ik + i 4. meniup = me + ni + up adakah suku kata di atas diceraikan dengan betul?1. tiup = tiup
2. naik = nai/
3. menaiki = me.nai.ki
4. meniup = me.niup
Tatabahasa22.03.2015
Boleh atau tidak frasa kerja tidak mempunyai subjek yang tersembunyi seperti ayat , "Azizah,ceraikan kau." Yang mana, kata ganti diri pertama disembunyikan daripada disebut oleh pelafaz. adakah boleh diterima penggunaan bahasa tersebut. Pada sekilas pandang seolah-olahnya Azizah telah menceraikan kau, sedangkan pelafaz bermaksud untuk menceraikan Azizah ."Azizah, ceraikan kau." Ayat ini tidak sempurna, pengguguran kata menjejaskan struktur dan makna ayat. Walau bagaimanapun, aspek lain, seperti hukum agama (jika berkaitan) perlulah dirujuk kepada pihak yang berwenang. Tatabahasa01.12.2023
mohon penjelasan penuh dari segi tatabahasa malaysia (cth; kata kerja, kata bilangan dan sebaginya); ayat berbunyi: (abang ceraikan kakak kamu, cerai,cerai,cerai)1. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP.
2.Kata bilangan boleh dibahagikan kpd. dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, cth: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dgn. angka, cth: 2, 30, 49). Untuk makluman, kata ordinal kesatu boleh bertukar ganti dengan pertama yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit. 2. Kata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas). Kata kerja tak transitif - kata kerja yg. tak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini boleh dibahagikan kpd. dua subgolongan, iaitu: i) Kata kerja tak transitif berpelengkap (cth: Mereka tinggal di kampung, dia menjadi guru) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (cth: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 140- 145.
Tatabahasa25.04.2012
1)Ayah memakai baju biru ke pejabat. 2)Ibu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Ayat mana ayat majmuk? bagaimana hendak ceraikan ayat itu menjadi dua ayat tunggal?Kedua-dua contoh ayat yang diberikan ialah ayat tunggal.Tatabahasa31.08.2015
Salam sejahtera tuan. Baru-baru ini, IPG heboh dengan penggunaan perkataan "penyuraian" tetapi kata terbitan ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Melayu? Jika tidak, apakah istilah yang sesuai dalam konteks yang berikan? Sekian, terima kasih.Salam Sejahtera tuan/puan.  Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut:  bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.  Sekian. Terima kasih.Tokoh11.08.2017
Dengan berdasarkan jawapan tuan, saya masih tidak jelas akan kedudukan perkataan ini dalam bahasa Melayu. Adakah "penyuraian" wujud dalam bahasa Melayu walaupun kata terbitan ini tidak disenaraikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut: bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.

Untuk makluman tuan/puan juga, walaupun kata "Penyuraian" tidak dinyatakan dalam Kamus Dewan (kata dasarnya "surai"), tapi kata tersebut boleh diterima pakai dalam konteks penggunaan bahasa Melayu.
Lain-lain22.08.2017

Kembali ke atas