Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ra.mah] | چرامه

Definisi : 1. suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap; 2. ucapan membicarakan sesuatu perkara (spt bahasa, politik, dll), syarahan: ~ tentang bahasa menjadi suatu perhatian yg istimewa sekarang; berceramah memberi (menyampaikan) ceramah: ketika saya sampai, ia sudah ~; menceramahkan membicarakan sesuatu perkara, memberi ceramah mengenai: ia ~ masalah politik dunia; penceramah orang yg berceramah, pem­bicara: sebelum ~ sampai, masing-masing sudah duduk di tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.mah] | چرامه

Definisi : ucapan ttg sesuatu perkara, ilmu pengetahuan dll; syarahan: ~nya panjang benar. berceramah menyampaikan ceramah; berucap: Pensyarah itu ~ ttg bahasa pasar. menceramahkan membentangkan sesuatu secara ceramah: Beliau telah diundang utk ~ politik dunia. penceramah orang yg berceramah; pembicara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceramah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan "untuk" dan "dan" dalam ayat tajuk. 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai atau 2. Ceramah Awam Untuk Penghuni Perumahan Dan Kedai Mana yang betul. Terima kasihAyat yang betul ialah 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai. Kata "untuk" ialah kata sendi nama dan "dan" ialah kata hubung. Oleh itu, kedua-duanya mesti ditulis bermula dengan huruf kecil.Tatabahasa03.05.2013
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun.Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun.Tatabahasa07.06.2012
contoh ayat : suatu pameran dan ceramah antidadah telah _____ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Mana satu jawapan yang betul : (a)diadakan (b) dianjurkan Apakah perbezaannya?Suatu pameran dan ceramah antidadah telah ____dianjurkan_ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai.
 

Perkatan yang lebih tepat ialah dianjurkan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah " Suatu pameran dan ceramah antidadah telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Flat Damai dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan.


Diadakan bermaksud dijadikan ada manakala dianjurkan bermaksud mengemukakan sesuatu.

Tatabahasa31.05.2013
Berikan jawapan yang betul & berikan sebab... 1. Semua murid menumpukan perhatian _________ ceramah yang disampaikan. A. terhadap B. dengan C. tentang D. untuk1. Semua murid menumpukan perhatian ____tentang_____ ceramah yang disampaikan.

tentang- digunakan sebagai unsur yang membawa rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.

ceramah - unsur mujarad yang dibicarakan.

terhadap- digunakan unsur yang membawa rujkan yang melibatkan penyambut terterntu, sama ada manusia, haiwan atau benda.
Tatabahasa13.09.2012
Tuan/Puan, bagaimana menggunakan tanda petikan dengan satu koma ' '? dia menamatkan 'ceramah' itu atau dia menamatkan "ceramah" ituTanda petik tunggal lazimnya digunakan dalam ayat yang sudah diapit tanda petik seperti "Saya sudah mula membuat program hujung minggu 'Motivasi Diri'."Ejaan22.03.2012
apakah perbezaan antara syarahan ,taklimat ,ceramah ,pidato dengan ucapanMenurut Kamus Dewan Edisi keempat, syarahan ialah ucapan yg diberikan. Taklimat ialah penerangan ringkas tentang se­suatu, ceramah ucapan tentang sesuatu perkara, ilmu pengetahuan dan lain-lain dan bersinonim dengan syarahan. Pidato ialah ucapan atau syarahan yang diberikan di hadapan orang ramai manakala ucapan ialah apa-apa yang diucapkan. Oleh itu, pidato, syarahan dan ucapan hampir sama maknanya, yang boleh membezakan ialah tempat dan isi kandungan yang diucapkan.Makna21.07.2010
1. Apakah maksud perucapan awam dan perbezaannya dengan ceramah? 2. Antara" tip-tip" dan "tips" yang mana satu betul untuk digunakan?

Encik Mohamad Noor,

Untuk makluman saudara, ceramah, syarahan, pembentangan kertas kerja, taklimat, kuliah dan sebagainya merupakan bentuk pengucapan awam. Oleh yang demikian tidak ada perbezaan antara kedua-dua ini. Bagi soalan kedua, perkataan yang betul ialah "panduan" bukan "tip-tip" atau "tips".    

Lain-lain06.02.2010
Apakah tujuk yang sesuai untuk pegawai SPRM beri ceramah kepada peserta kursus Induksi?Kursus induksi terbahagi kepada dua, iaitu umum (berkaitan dengan peraturan organisasi) dan khusus (berkaitan dengan  tugas hakiki yang dilaksanakan di pejabat). Pemilihan tajuk untuk memberi ceramah kepada peserta kursus induksi bergantung pada fokus dan keperluan di jabatan/organisasi tuan.Lain-lain05.05.2010
Salam.. Bagaimanakah cara penggunaan perkataan pada penerangan yang diletakkan di setiap gambar di dalam buku laporan tahunan jabatan?Adakah setiap perkatan di letakkan huruf besar atau permulaan ayat sahaja atau kedua-duanya blh digunakan.. contoh : Gambar 1 : Kakitangan Yang Hadir Di Majlis Ceramah Agama Bertempat Di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. atau Gambar 1 : Kakitangan yang hadir di Majlis Ceramah Agama bertempat di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. yang mana satukah harus d gunakan bagi penerangan gambar yang akan diletakkan?Lazimnya huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar, kecuali ada nama khas dalam keterangan gambar tersebut, seperti "Kakitangan yang hadir di Majlis Ceramah Agama bertempat di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka".Ejaan04.10.2011
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya ____ pakar bahasa dari Universiti Malaya untuk memberikan ceramah. mengajak/mengundang/mempelawa , yang manakah paling sesuai?? dan apakah perbezaan antara perkataan tersebut?Dari segi makna, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. 

Mengundang ialah mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya.

Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi.

Mempelawa pula bermaksud meminta supaya ikut bersama atau datang; mengajak; mempersilakan: Dia ~ saya datang ke rumahnya.
Tatabahasa16.07.2013
12345

Kembali ke atas