Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.ca] | چرچا

Definisi : celaan, cacian: jangan melanggar adat supaya tidak menimbulkan ~ drpd masyarakat kampung; ~ maki caci maki; mencerca, mencercai mengeluarkan kata­-kata keji utk menghina (mengejek dsb), mencaci, mencela: mereka terus-menerus ~ dan menghamburkan nista kepadanya; kecercaan keadaan kena cerca: pemerintah yg mengelakkan ~ dgn melakukan peperangan di luar negeri; pencercaan perbuatan mencerca atau men­cercai: mencegah pemecahan janji setia dan ~ ke atas agama Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.ca] | چرچا

Definisi : , = cercaan kata-kata yg ditutur­kan utk menghina (mengejek dsb); celaan; caci maki. mencerca mencela keras; mencaci; memaki: Kita tidak dibenarkan ~ orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerca


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan..Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkaliMakna27.11.2008

Kembali ke atas