Apa maksud "mendabrak"? Saya jumpa perkataan ini dalam buku Ceritera Bahasa oleh Awang Sariyan terbitan DBP. | Walaupun kata "mendabrak" tidak terakam dalam kamus di Malaysia dan Indonesia, kata ini bolehlah dianggap varian bagi kata "menabrak". Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata terbitan "menabrak" yang kata akarnya "tabrak" membawa maksud melanggar seseorang atau sesuatu. Makna ini bergantung kepada konteks penggunaannya. | Makna | 09.03.2024 |
sejarah pembinaan bahasa melayu | Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar LInguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Parancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan. | Lain-lain | 01.09.2007 |
Bahasa Melayu abad Ke-7? | Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar Linguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan Bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan. Saudara juga boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 7. | Lain-lain | 20.11.2010 |