Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.lang] | چرلڠ

Definisi : cahaya terang; ~ cemerlang bercahaya terang; mencerlang bercahaya, berkilau; kecerlangan ki keelokan, keindahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.lang] | چرلڠ

Definisi : Kl; ~-cerlak (-cerlok) berlat-lat (berselang-selang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerlang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan Kamus Dewan, cerlang bermaksud terang. Bolehkah perkataan 'cerlang' digunakan dalam konteks ayat berikut: Zaman sudah cerlang dengan revolusi industri 4.0?

Perkataan cerlang tidak boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan kerana cerlang merujuk kepada cahaya terang, bukannya terang.

Makna20.09.2020
Pihak kami memohon pengesahan perkataan sebenar bagi ayat di bawah iaitu samada 'menyelenggara' atau 'menyenggara' untuk kenyataan ayat didalam Piagam Pelanggan kami. Mohon mendapat maklumbalas pihak tuan. "Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara ATAU menyenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti berteraskan penekanan kepada: 1. Jangka masa yang ditetapkan 2. Kos yang ekonomik 3. Reka bentuk yang berkualiti dan mapan"Senggara dan selenggara, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama iaitu mengurus atau mengendalikan. Perkataan selenggara dari aspek Linguistik - berlaku  pengimbuhan (el, em, er, dan sebagainya) yang disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok (senggara - selenggara, guruh - gemuruh, cerlang - cemerlang).Tatabahasa07.05.2010

Kembali ke atas