penjodoh bilangan untuk cermin mata | Penjodoh bilangan untuk cermin mata ialah sepasang jika jumlahnya satu. Jika jumlahnya lebih bdaripada satu, perkataan 'pasang' hendaklah didahului dengan jumlah cermin mata. Contoh : tiga pasang atau lima pasang. | Lain-lain | 28.04.2010 |
Salam sejahtera. Adakah padanan istilah fasa cermin atau tahap cermin bagi istilah "mirror stage" sesuai digunakan ? Ini adalah sebuah teori daripada sarjana psikoanalisis, Jacques Lacan untuk menerangkan proses awal perkembangan identiti kanak-kanak. Sekian, terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mirror stage ialah fasa cermin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 05.07.2023 |
Salam sejahtera, ingin menanya soalan berikut, . 1) Ali lap cermin dengan kain. Adakah ayat ini boleh diterima ? 2)Jika dalam solan aneka pilihan seperti, Ali ( ) cermin dengan kain. A. lap B. mengelap Adakah jawapan soalan ini hanya menerima mengelap ? Terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas bantuan. | Jawapan yang betul ialah "Ali mengelap cermin dengan kain". | Tatabahasa | 23.09.2014 |
Apakah penjodoh bilangan bagi cermin mata | Penjodoh bilangan untuk cermin mata ialah pasang. Contohnya ialah sepasang, dua pasang. Harap maklum. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Ali mengelap cermin tingkap dengan sehelai kain yang basah atau lembap? Manakah yang tepat? Terima kasih. | Ayat yang gramatis, Ali mengelap cermin dengan sehelai kain lembap. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor.adakah ayat ini betul? | Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor - ayat ini tidak gramatis kerana sudah bermaksud selesai, oleh itu tidak sesuai digunakan dalam ayat ini. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Adakah "Tinted Glass" sesuai diterjemahkan sebagai "Kaca Gelap"? Atau "Kaca Tinta"? Atau ada yang lebih sesuai? Mohon penjelasan. | Kami mencadangkan "tinted glass" diterjemahkan sebagai "cermin berwarna sedikit", atau "kaca/cermin filem penapis haba". Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. | Istilah | 01.09.2021 |
Salam sejahtera, Adakah "countertop" boleh diterjemahkan kepada "meja kaunter"? "Countertop" ialah dapur gas moden untuk memasak yang mempunyai permukaan seperti cermin di atas. Jika tidak, mohon cadangan bernas dari pihak DBP. Terima kasih. | Dapur gas moden yang mempunyai permukaan seperti cermin di atas disebut sebagai “cooktop”. Kami mencadangkan dapur para untuk padanan bahasa Melayu bagi “cooktop“. | Istilah | 25.02.2019 |
1) Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam. 2) Alat penghawa dingin yang dibeli oleh ayah bukan saja murah malah dapat menjimatkan elektrik dan berkonsep mesra alam. 3) Puan Rosli menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaian. Adakah ketiga-tiga ayat betul? Jika tidak betul, boleh tuan/puan mengenal pasti kesalahan tersebut. | Ayat berikut telah dibuat penambahbaikan dari sudut tatabahasa: i) “Alat penyaman udara yang dibeli oleh ayah bukan sahaja murah, malah dapat menjimatkan elektrik dan bersifat mesra alam.” ii) “Puan Rosli menggunakan serbuk pencuci berjenama untuk mencuci pakaian.” Ayat “Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam.” betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 431 sehingga 575.
| Tatabahasa | 21.04.2024 |
CERMIN MATA BELI 1 PERCUMA 1 . | Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 26.08.2016 |