salam.saya sedang membuat tesis isu sosial dalam cerpen-cerpen dewan masyaraklat sept 2005 hingga ogos 2006.saya dapati mulai sept 2006,tiada lagi cerpen dalam DM.Apakah sebab cerpen tidak lagi disisipkan dalam DM?TQ | Untuk makluman tuan, kami tidak lagi menerbitkan cerpen dalam majalah Dewan Masyarakat berdasarkan keputusan oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP ketika itu kerana majalah Dewan Masyarakat berkonsepkan berita bulanan. | Lain-lain | 01.04.2012 |
APAKAH ITU CERPEN JENIS KORPORAT? CONTOH? BAGAIMANAKAH CARA PENGHASILAN KERTAS KERJA TENTANGNYA. | Salam Sejahtera. Secara umum cerpen jenis korporat ialah cerpen yang membincangkan atau menceritakan tentang atau berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Cerpen-cerpen berkaitan dengan dunia korporat ini telah banyak ditulis. Salah seorang penulis yang sering mengangkat isu dunia korporat ialah Azmah Nordin. Untuk merujuk contoh cerpen-cerpen tersebut, sila dapatkan kumpulan cerpen beliau yang berjudul "Wizurai", terbitan DBP, 1997. | Lain-lain | 12.01.2010 |
SALAM. saya merupakan pelajar kolej mara banting. saya ingin melakukan kajian sastera. saya berminat untuk mengkaji cerpen-cerpen yang berkaitan dengan kesan kolonialisme terhadap pemikiran serta cara hidup masyarakat melayu pasca merdeka. oleh itu, apakah cerpen yang sesuai untuk dikaji dari segi aspek ini ( sekurang-kurangnya 6)? penulis apa yang sering menonjolkan persoalan ini dalam cerpen ? | Waalaikumusalam wbk. Dalam hal tersebut, sdr. bolehlah merujuk kepada beberapa buku Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan DBP 2005, antaranya: 1. Dosan Pejuang karya A. Samad Said. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Perempuan dari Kampung Kambing, Buruh Paksa dan Dosa Pejuang. 2. Antara Dua Deru karya Arena Wati. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Dunia yang Kutinggalkan, Antara Dua Deru dan Duniaku yang Hilang. 3. Pahlawan Tak Bernama karya Abdullah Hussain. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Pahlawan Tak Bernama, Bumi Tercemar, Politik dan Sebuah Masjid di Sebuah Kota Pelabuhan. Sdr. juga bolehlah memilih enam buah cerpen yang dikemukakan di atas atau memilihnya sendiri dengan merujuk kepada tiga buah kumpulan cerpen tersebut. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 23.07.2009 |
Apakah ciri-ciri cerpen yang baik dan syarat-syarat membina cerpen | Cerpen ialah singkatan daripada perkataan cerita + pendek = cerpen. Secara umum, sebuah cerita pendek yang baik mesti mempunyai enam elemen berikut, iaitu pemikiran, watak, plot, sudut pandangan, latar, dan gaya bahasa. Berkaitan dengan sayarat membina cerpen yang baik ialah cerita tersebut mesti memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran dan perasaan pembaca setelah selesai membacanya. Sila rujuk buku-buku tentang panduan penulisan kreatif untuk mengetahui lebih lanjut tentang soalan saudara/saudari. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.02.2009 |
SAYA SEDANG MENGKAJI TENTANG DUNIA KORPORAT DALAM CERPEN.BOLEHKAH SAYA INGIN MEMINTA SEDIKIT BAHAN TENTANG TAJUK SAYA ITU?ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN WATAK KORPORAT ATAU SEBALIKNYA?SAYA AGAK KELIRU. | Bagi maksud tersebut, silalah membuat rujukan kepada cerpen-cerpen karya penulis antaranya Keris Mas, Daeng Ramli Akil dan Khadijah Busu. Sekian dan salam. | Lain-lain | 24.07.2009 |
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut: Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008. Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf. | Lain-lain | 31.07.2010 |
Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ | Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak DBP adalah seperti yang berikut: i. Terbit di majalah a) Dewasa/umum = RM 300.00/siaran b) Remaja = RM 200.00/siaran c) Kanak-kanak = RM 100.00/siaran ii. Jurnal = RM 300.00/siaran iii. Tabloid = RM 100.00/siaran Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam. | Lain-lain | 08.10.2008 |
salam... saya seorang pelajar dan sedang menkaji kesan materialisme terhadap masyarakat. saya mengkaji daripada komponen sastera cerpen. saya ingin bertanya kepada saudara, pengarang atau penulis yang mana banyak mengutarakan tema materialisme dalam cerpen mereka? | Salam. Soalan saudari bersifat umum. Jika hendak disenaraikan para penulis cerpen atau cerpen yang yang mengutarakan kesan materialisme terlalu ramai dan banyak. KNB mencadangkan saudari merujuk buku "Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden : Cerpen" oleh Othman Puteh. Buku tersebut membicarakan sejarah perkembangan cerpen era awal kelahiran genre cerpen di Tanah Melayu sehingga tahun awal 90-an. Secara umum, semua penulis terutamanya dalam era 70an-80an berkisar tentang pengisian kemerdekaan dan pembangunan serta kesan sosial. Kesan sosial ini boleh dilihat juga dari segi kesan materialisme. Antara para penulis yang boleh dilihat ialah seperti Keris Mas, Shahnon Ahmad, Azizi Haji Abdullah, Anwar Ridhwan, Baharuddin Kahar, Zaharah Nawawi, Khatijah Hashim dan lain-lain lagi. | Lain-lain | 21.07.2009 |
Saya berminat untuk menghantar manuskrip buku himpunan cerpen pendek untuk diterbitkan oleh DBP. Boleh emailkan kepada saya kaedah,syarat2 serta peraturan sekiranya saya ingin berbuat demikian? | Terima kasih kerana tuan berminat untuk menghantar manuskrip kepada DBP. Bahagian Penerbitan Sastera, DBP diberi tanggungjawab untuk menguruskan penerbitan buku sastera pelbagai genre termasuk kumpulan cerpen untuk khalayak pembaca dewasa. Sekiranya tuan telah pun menghasilkan karya cerpen, bolehlah tuan menghantar kepada kami untuk penilaian. Bagi kumpulan cerpen, jumlah minimum cerpen ialah 20 buah (dengan ketebalan manuskrip antara 300 - 350 halaman). Cerpen-cerpen tersebut seharusnya belum pernah diterbitkan dalam mana-mana kumpulan cerpen terbitan penerbit lain. Sekiranya ia pernah tersiar dalam akhbar atau majalah tempatan, sebaik-baiknya mohon keizinan/memaklumkan kepada penerbit akhbar/majalah berkenaan terlebih dahulu. Tuan boleh menghantar manuskrip tuan kepada Ketua Editor Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 27.04.2010 |
SALAM.Saya sedang membuat tesis isu sosial dlm DM. 1.Berapakah jumlah cerpen dalam setahun? 2.Bagaimanakah pemilihan cerpen dibuat? 3.Berapakah harga setiap cerpen? 4.Berapakah jumlah jualan Dewan Masyrakat setahun?terutama 2005-2006? tq | Untuk makluman tuan, kami tidak lagi menerbitkan cerpen dalam majalah Dewan Masyarakat. Walau bagaimanapun, cerpen yang dikeluarkan pada tahun 2005 ialah sejumlah 12 cerpen bagi tempoh setahun dan pemilihan cerpen dibuatkan berdasarkan kualiti dan tema majalah DM. Tuan bolehlah menghubungi Encik Shukri Arif, mantan editor Dewan Masyarakat melalui e-mel. shukri_m@dbp.gov.my untuk maklumat selanjutnya. | Lain-lain | 01.04.2012 |