apakah makna 'janjian' dalam peribahasa yang berikut, "janjian antah tiada ceruh", dalam entri antah, kamus dewan edisi keempat, halaman 65? sekian, terima kasih. | Makna peribahasa, "janjian antah tiada ceruh" ialah nasib yang malang, kata terbitan janjian dalam peribahasa tersebut berasal dari kata janji dan bentuk kata terbitan yang betul ialah perjanjian. Walau bagaimanapun kita tidak boleh mengubah bentuk kata yang telah terakam dalam peribahasa. | Tatabahasa | 15.04.2008 |
Apakah istilah Bahasa Melayu yang dapat digunakan untuk 'brown rice'? "Beras perang" atau "Beras ceruh" atau kedua-duanya boleh diterima? | Padanan Istilah Brown Rice dalam bahasa Melayu ialah Beras Perang/Beras Ceruh. Walau bagaimanapun padanan paling tepat ialah Beras Perang. | Makna | 22.01.2019 |