Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mencerut 1. mengikat (mengecut, membelit) di sekeliling sesuatu kuat-kuat, menjerut: ~ leher; 2. ki (berasa) sakit bagai dicerut: perutnya mula berasa ~ kerana lapar; 3. menyekat hingga sukar berkembang (maju dsb): pd masa yg sama, pihak kerajaan tidak ~ pertumbuhan ekonomi; cerutan hasil (perbuatan) mencerut: kelihatan ular besar itu melonggarkan sedikit ~nya pd rusa yg sudah tidak bermaya lagi; pencerutan perbuatan mencerut; pencerut tali (orang dll) yg mencerut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mencerut membelit atau mengikat di keliling sesuatu erat-erat; menjerut: ~ leher. mencerutkan menggunakan sesuatu utk mencerut; menjerutkan: Kerana geram, dia ~ tali pd leher pencuri itu. pencerut tali dll yg dicerutkan; penjerut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerut I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud Bidin duduk di pintu umahnya menggigit-gigit pangkal cerut ? Apakah maksud bagi menggigit-gigit? Ayat ini betul atau tidak? Terima kasih.Bidin duduk di pintu rumahnya menggigit-gigit pangkal cerut - ayat ini betul kerana mengigit-gigit dalam ayat ini bermaksud menggigit sedikit-sedikit atau disebut juga mengunggis.Tatabahasa05.02.2010
Apakah maksud Bidin duduk di pintu umahnya menggigit-gigit pangkal cerut ? Apakah maksud bagi pangkal dalam ayat ini? Terima kasih.

Pangkal merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahagian permulaan.

Makna02.02.2010

Kembali ke atas