https://drive.google.com/open?id=1tp1YzCc5Z2LEsQG7FW5OioRfpyGRZxMn | Untuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. | Lain-lain | 02.12.2018 |
Saya memiliki buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu cetakan kedua, edisi kedua tahun 1992. Sudah adakah cetakan/edisi terbaharu buku ini? | Setakat ini belum ada lagi cetakan ketiga atau edisi baru buku ini. | Lain-lain | 14.01.2013 |
bagaimana cetakan sijil : dbp/kpb/201311/02398 | Untuk mencetak sijil, sila masuk semula sistem dan klik pada nombor pengesahan, iaitu DBP/KPB/201311/02398. Sijil akan dipaparkan dan boleh dicetak. | Lain-lain | 06.06.2014 |
Salam sejahtera. Ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan pada halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Sila berikan butiran terperinci Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang anda rujuk agar kekeliruan ini dapat diselesaikan. Untuk meleraikan kekeliruan ini, lampiran telah saya sertakan sebagai bukti. Sekian. | Untuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. | Lain-lain | 02.12.2018 |
Dftar kata bahasa melayu: Rumi-sebutan jawi terbitan 2001 adalah cetakan ke berapa?? | Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi terbitan 2001 merupakan cetakan pertama. | Lain-lain | 12.03.2010 |
Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Kelima 2009 Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Keenam 2010 Merujuk kepada ayat-ayat di atas, yang manakah yang betul (yang ditulis dengan kata sendi 'daripada' atau sebaliknya)? | Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat. | Tatabahasa | 11.02.2011 |
Adakah pihak DBP mengeluarkan edisi baru bagi buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia selepas cetakan ketiga yang berwarna ungu ( kulit buku )? Selama ini saya telah cuba mencari di kedai-kedai buku tempatan tetapi dimaklumkan tiada cetakan edisi baru. | Untuk makluman saudara, buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang dimaksudkan tidak lagi dicetak baru, sebaliknya DBP telah menerbitkan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua yang lengkap dan memuatkan daftar kata bahasa Melayu A-Z, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Ejaan Jawi dan Sebutan Baku. Saudara boleh mendapatkan buku tersebut di kedai buku atau terus menghubungi kedai buku DBP di ibu pejabat. | Lain-lain | 20.07.2009 |
BLUEPRINT | (i) CETAKAN BIRU (ii) RANGKA TINDAKAN | Istilah | 30.03.2011 |
. Menurut Tatabahasa Dewan cetakan 2003 terdapat 80 kata kerja tunggal. saya ingin mendapatkan senarai kata kerja tunggal tersebut. | Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata. Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori; (i) Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya (ii) Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil, (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya, bijaksana, muzakarah Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2008). | Tatabahasa | 21.05.2009 |
penggunaan perkataan Krew dalam cetakan | Berdasarkan maklumat dalam data kamus dan istilah terbitan DBP, perkataan yang betul ialah "kru". Kru bermaksud sekumpulan petugas, terutamanya yang mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yang bekerja bersama-sama mengendalikan sesuatu tugasan atau projek. | Tatabahasa | 05.02.2014 |