Sejak pulang dari bekerja di Kota dia sering mengenakan pakaian yang cetek. Sila gantikan perkataan yang sesuai untuk cetek...terima kasih | Perkataan yang sesuai untuk "cetek" ialah "singkat" . | Lain-lain | 28.10.2014 |
Ali menangkap ikan di tepi kolam yang cetek itu. Sekiranya ayat aktif di atas ditukar kepada ayat pasif, ayat pasif manakah yang betul? Sila beri penjelasan. Terima kasih A) Ikan ditangkap oleh Ali di kolam yang cetek itu. B) Ikan di kolam yang cetek itu ditangkap oleh Ali. | Saudara, Ayat pasifnya ialah " Ikan ditangkap oleh Ali di tepi kolam yang cetek itu. | Tatabahasa | 29.11.2010 |
Orang yang jarang-jarang membaca biasanya cetek pengetahuan mereka. (munsyi, adakah adat di atas salah? TK) | Ayat betul- Orang yang jarang-jarang membaca, biasanya cetek pengetahuan. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
Air Sungai Dong itu menjadi cetek kerana musim kemarau yang berpanjangan. (kerana, apabila)Betulkah penggunaan kerana di dalam ayat tersebut? | Menurut data kami, kedua-dua ayat di atas betul. | Tatabahasa | 11.05.2020 |
1. Murid-murid tadika itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. 2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat-ayat berkenaan betul? (soalan PMR 2012) Apakah kesalahannya? | 1. Murid-murid tadika itu diajari cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. diajari bukan diajarkan kerana diajari bermaksud diajar seseorang manakala diajarkan bermaksud diajar sesuatu. 2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Assalamualaikum. Saya keliru tentang definisi perkataan yang tertera antara PRPM dan Kamus Dewan di bawah. Pada pengetahuan saya yang masih cetek ilmu tatabahasa ini, makna perkataan tersebut ada yang membawa maksud positif dan negatif. Harap dapat memberi penjelasan jitu memandangkan definisi daripada PRPM merupakan penjelasan makna yang terkini. Menurut PRPM: APAKAH BEZA PERKATAAN KOLABORASI DAN KOLABORATIF Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama. (25.11.2015) apakah perbezaan maksud istilah kolaborasi dengan kolaboratif. Perkataan manakah yang paling sesuai digunakan dalam makna kerjasama Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.(18.04.2013). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: kolaborasi:- Subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb kolaboratif erat (dr segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih): perhubungan antara kerajaan yg paling ~ sifatnya. | Kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti Sains Politik, kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama. Kolaboratif bermaksud erat (dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih). Kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama. | Istilah | 05.03.2016 |
Golongan remaja selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,mementingkan kebendaan,tidak mahu mengembangkan ilmu pengetahuan malah berfikiran cetek.Sejauhmanakah kebenarannya??Berikan pendapat anda. Bagaimanakah jawab soalan ini?? | Bagi menjawab soalan tersebut, tuan dikehendaki menghuraikan idea-idea yang dinyatakan dengan menyertakan bukti dan contoh. Tuan perlu menegaskan kebenaran idea tersebut dengan memberikan pendapat atau idea yang lain. | Lain-lain | 25.10.2013 |
Saudara, Dalam P&P di sekolah, saya telah terjumpa beberapa masalah bahasa yang perlu saya perjelaskan kepada pelajar. Malangnya, ilmu bahasa yang cetek pada pihak saya telah menemukan saya kepada jalan buntu. Saya harap pihak saudara dapat membantu saya. Jasa baik pihak saudara saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Persoalan-persoalan seperti berikut:- 1. Kita sudah biasa menggunakan frasa menjerang air, adakah kita masih menggunakan menjarang air? Adakah penyempitan makna menyebabkan kata menjarang air tidak digunakan lagi? 2. Apakah sebab pengecualian berlaku kepada perkataan 'keretapi' yang sebelum ini dieja 'kereta api' ? | 1. Perkataan menjarang digunakan dalam dialek Minangkabau yang bermaksud menjerang. Oleh itu, perkataan menjarang air hanya digunakan dalam kelompok teretentu. Dalam konteks rasmi perkataan menjerang air yang digunakan kerana perkataan menjerang itu tepat dari segi semantik dan lebih difahami umum. 2. Ejaan yang betul ialah kereta api kecuali nama khas Keretapi Tanah Melayu Berhad. Kekecualian ialah sebahagian daripada unsur bahasa, namun jumlahnya tidaklah besar. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 19.03.2012 |
Apakah maksud yang tepat untuk dangkal dan contoh penggunaannya di dalam ayat. Bila dan bagaimana untuk menggunakan perkataan "kenapa" dan "mengapa" dalam ayat. Kenapa/mengapa perkataan "ramai" digantikan "banyak" untuk orang? Terima kasih. | Dangkal bermaksud: 1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg dangkal; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn pengetahuan seseorang), cetek: pengetahuan yg dangkal tentang politik. Kenapa dan mengapa sama makna,oleh itu tiada perbezaan dalam penggunaan kedua-dua kata itu. Banyak (banyak orang) penggunaannya tidak menggantikan kata ramai (ramai orang),tetapi sebagai pilihan sama ada menggunakan ramai orang atau banyak orang. | Tatabahasa | 21.06.2008 |
Saya ingin melakukan sedikit pencerahan dalam kamus dewan edisi keempat berkenaan perkataan 'sahabat'. Maksud yang dibawa bersama adalah pengikut. Contoh yang dibawakan adalah "pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi" iaitu sahabat nabi pengikut nabi. Setakat pengetahuan cetek saya, kita pada hari ini walaupun pengikut nabi Muhammad S.A.W bagaimanapun bukanlah dikategorikan sebagai sahabat nabi. Hal ini kerana pendefinisian sahabat nabi daripada sebahagian ulama' adalah berlainan. Antaranya sebagaimana yang didefinisika oleh Ibnu Hajar al-Asqalani : الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Sumber : Al-hafiz Ibn Hajar Nukhbat al-Fikar, Beirut : Dar al-Ihya, jil 1, hal. 230. Al_-Suyuti, Tadrib al-Rawi, aktabah Ruyad al-Haadisah, jil. 2, hal. 209. Sebagai konklusi, saya merasakan perlu ada dalam entri 'sahabat' khusus bagi mendifinisikan sahabat nabi seperti 'sahabat nabi' sebagai ~ ialah mereka yang sempat bertemu dengan nabi ,beriman dan mati dalam keadaan Islam. Sekian. Terima kasih | Untuk makluman tuan, Kamus Dewan hanya mencatatkan makna secara umum bagi sahabat dalam konteks sahabat nabi. Dalam konteks yang tersebut sahabat nabi dianggap sebagai pengikut atau murid nabi dan secara literalnya pastilah mereka yang pernah bertemu dengan nabi. Walau bagaimanapun, kami ambil maklum pandangan tuan dan mengemukakannya kepada Bahagian Perkamusan untuk penambahbaikan maklumat perkamusan. | Lain-lain | 24.02.2017 |