Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chain


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah menggunakan carian kata DBP online ini utk istilah Supply Chain Management. Terdapat 2 perkataan yang digunakan untuk chain iaitu rantaian dan rangkaian. Boleh saya dapatkan kepastian yang mana satu betul. Saya ingin menggunakannya untuk program baharu yang akan kami bangunkan untuk UUM. Terima Kasih.

Untuk mendapatkan terjemahan yang tepat, diharap tuan dapat memberikan konteks penggunaan. DBP mencadangkan istilah Pengurusan Rantaian Bekalan untuk padanan Supply Chain Management. Rantaian dipilih untuk chain bagi membezakan dengan rangkaian yang digunakan dalam teknologi maklumat.

Istilah29.01.2015
adakah cross-chain activities boleh diterjemahkan kepada aktiviti silang-rantai atau aktiviti rantaian silang?Mohon nyatakan konsep dan konteks penggunaan perkataan tersebut kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut bidang atau laras bahasa.Makna14.09.2022
1. key chain dan puzzle dalam bahasa Melayu? 2. satu setengah jam atau satu jam setengah. Sebelum ini, saya mendapat jawaban daripada DBP iaitu satu setengah jam atas alasan unit letak di belakang.1. rantai kunci
2. teka teki atau mainan teka teki
3. Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Istilah27.04.2012
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "long-chain polyunsaturated fatty acids (LC-PUFA)"? Adakah "asid lemak rantai panjang politaktepu" atau terdapat padanan yang lain?Cadangan terjemahan bagi "long-chain polyunsaturated fatty acids (LC-PUFA)" ialah asid lemak politaktepu rantai panjangMakna18.07.2021
Saya memerlukan terjemahan nama program dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Nama Program: Diploma in Logistics and Supply Chain ManagementKami mencadangkan Diploma in Logistics and Supply Chain Management diterjemahkan kepada Diploma dalam Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan jika bersesuaian dengan konsep pengajiannya.Penyemakan dan penterjemahan24.04.2014
Salam. Saya perlukan terjemahan bagi "Supply Chain Actor". Terima kasih bagi segala pertolongan tuan/puan.

Encik Muhammad Hanif,

Untuk mendapatkan terjemahan yang tepat, diharap saudara dapat memberikan ayat atau konteks penggunaan frasa ini.  Walau bagaimanapun, terjemahan bagi 'supply chain ' ialah rantaian bekalan. Bagi perkataan 'actor' padanan yang ada hanyalah pelakon.

 

Istilah24.06.2010
Apakah padanan yang sesuai bagi perkaaan yang berikut: (a) galacto-oligosaccharide (b) long chain fructo-oligosaccharidel (c) Glucono-delta-lactose (d) Hydroxypropymethylcellulose (e) Sulphobenzoic (f) Neotame (g) ButanetetrolKami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

galacto-oligosaccharide - galakto-oligosakarida

long chain fructo-oligosaccharide- frukto-oligosakarida rantai panjang

glucono-delta-lactose - glukono-delta-laktosa

hydroxypropyl methyl cellulose - hidroksipropil metil selulosa

sulphobenzoic - sulfobenzoik

neotame - neotame

butanetetrol - butanatetrol

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain26.08.2021
Apa terjemahan "snow chain" ?Padanan bahasa Melayu bagi istilah snow chains ialah rantai roda. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.06.2023
Apakah istilah untuk "shackle" dan "mooring chain shackle and swivel" dalam Bahasa Melayu?Cadangan padanan bagi istilah shackle dalam bahasa Melayu ialah belenggu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah15.10.2024
Salam sejahtera; Tujuan: Kami perlukan bantuan DBP untuk menterjemahkan tajuk ini dalam Bahasa Malaysia bagi tujuan pendaftaran dengan ROS TAJUK: ASIA LOGISTICS SUPPLY CHAIN COUNCIL Sekian; Sejuta terima kasih atas kerjasama anda. Kami amat menghargai .Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah MAJLIS RANTAIAN BEKALAN LOGISTIK ASIA.Penyemakan dan penterjemahan16.06.2016
12

Kembali ke atas