Salam sejahtera, Apa ejaan betul untuk char kway teow? Terima kasih! | Ejaan yang betul ialah char kuetiau. | Ejaan | 16.10.2021 |
Apakah ejaan Yang betul bagi char kuew teow? | Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah kuetiau. Char pula bermaksud goreng (tidak kiralah goreng basah atau goreng kering). Jadi padanan yang boleh disarankan ialah kuetiau goreng. | Ejaan | 11.05.2023 |
Mohon pencerahan tentang:- 1. Ejaan - cha kue tiau / chaw kuew tiyau atau yang betulnya dieja bagaimana? 2. Pendidikan norma baharu mampu mencorakkan pemikiran matang anak muda pascamerdeka. ATAU Pendidikan noma baharu mampu untuk mencorakkan pemikiran matang anak muda pascamerdeka. Terima kasih. | Ejaan yang tepat ialah char kuetiau. Ayat yang betul ialah Pendidikan norma baharu mampu mencorakkan pemikiran matang anak muda pascamerdeka.
| Lain-lain | 28.12.2020 |