character dalam bahasa melayu bolehkan diterjemahkan kepada karaktor | Padanan istilah yang betul ialah sifat. Perkataan karaktor tidak ada dalam bahasa Melayu. | Istilah | 19.04.2004 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Area Character Statement?" Contoh ayatnya adalah, "Area Character Statement in Development Control Planning Case Study." Terima kasih. | Kami mencadangkan "Area Character Statement" diterjemahkan sebagai "Pernyataan Ciri Wilayah" atau "Pemakluman Perilaku Kawasan". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 27.07.2021 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah Bahasa Inggeris - character driven Contohnya ayat; Kebanyakkan skrip dokumentari mutakhir, menggunakan kaedah character driven di mana jalan cerita digerakkan oleh seseorang watak atau personaliti utama. | Kami mencadangkan perkataan character driven diterjemahkan kepada dorongan watak. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.04.2015 |
Salam dan selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'character modeler'? Terima kasih. Aznani | Tiada maklumat berkaitan ‘character modeler’ dalam pangkalan data kami. Sila berikan konteks penggunaan 'character modeler’ dalam ayat lengkap agar kami dapat mencadangkan padanan yang bersesuaian dalam bahasa Melayu. Kata dan frasa yang sama mempunyai makna yang berbeza bergantung pada penggunaannya. | Makna | 28.09.2018 |
Kalau saya hendak translate "character" to Bahasa Malaysia, selain daripada watak, boleh saya guna "karekter"? Terima Kasih Character Pencil (Bahasa English) Pencil Karacter atau Pencil Watak? (Bahasa Malaysia) | Perkataan karakter boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karakter ialah sifat (ciri) perwatakan yang membezakan seseorang daripada yang lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca. Mengikut hukum D-M, frasa yang tepat ialah "Watak Pensil" atau "Karakter Pensil". | Tatabahasa | 10.02.2014 |
Salam, Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'charset'? Character encoding detection, charset detection, or code page detection is the process of heuristically guessing the character encoding of a series of bytes that represent text. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Charset_detection Terima kasih. | Tidak ada terjemahan perkataan tersebut dalam data kami, untuk penggunaannya dalam tulisan hendaklah diitalikkan ejaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.09.2014 |
Bolehkah perkataan "specific character" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan "sesuatu yang tertentu"? Without prejudice to the generality of subsection (1), and subject to consultation with the Authority, the power of the Minister to give directions shall extend to the giving to it of directions as to the application of proceeds of such disposals, notwithstanding that the directions may be of a specific character: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu: | Ayat yang dicadangkan ialah: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu perkara yang tertentu. | Makna | 24.07.2021 |
Apa terjemaah untuk istilah "charset" dlm konteks komputer? | Kami mencadangkan charset atau character set diterjemahkan sebagai "set aksara". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 04.01.2022 |
Judy mahu membuka klinik sendiri.Ayat ini betul? | Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. character: line-break;" /> character: line-break;" /> | Tatabahasa | 17.05.2015 |
Karen baik hati juga. Ayat ini betul? | Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. character: line-break;" /> character: line-break;" /> | Tatabahasa | 17.05.2015 |