| Member Check merupakan kaedah didalam proses triangulasi kajian kualitatif. Apakah istilah member check dalam bahasa malaysia bagi merujuk perkara ini? atau tuliskan sahaj memebr check dengan italic kan sahaja perkataan tersebut? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah member check ialah semakan peserta. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 27.07.2023 |
| Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan yang sesuai untuk 'check' dalam ayat 'Check your connection'. Mesej ini dipaparkan pada skrin komputer apabila pengguna tiada sambungan Internet dan tidak dapat mencapai laman web. Adakah terjemahan yang betul 'Semak sambungan anda' atau 'Periksa sambungan anda'? Terima kasih atas bantuan tuan. | Cadangan kami Check your connection diterjemahkan kepada periksa sambungan anda. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.09.2017 |
| Check Dewan Bahasa | Untuk pengesahan iklan dalam talian, sila daftar iklan melalui laman web dbpsahbahasa.my bukan melalui Khidmat Nasihat Bahasa (KNB)
| Lain-lain | 25.04.2018 |
| check for approve | Sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila klik domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA dan daftar untuk pelanggan yang baharu mendaftar. Kemudian lampirkan visual iklan dan segala maklum balas akan diberikan melalui e-mel yang didaftarkan. | Lain-lain | 30.04.2015 |
| "front office division" boleh diterjemahkan kepada "bahagian pejabat hadapan"? Atau "bahagian penerimaan tetamu"? Nota: Fungsi bahagian ini adalah membuat pendaftaran keluar masuk (check-in & check-out) hotel dan tempahan bilik hotel. | Pihak kami mencadangkan terjemahan bagi perkataan Front Office Division ialah "Bahagian Meja Depan." | Lain-lain | 18.02.2022 |
| Morning Sir, pls check for the signboard design. Kindy approve if no problem. If need anything pls do let me know. pls check attachment.. | Morning Sir, pls check for the signboard design. Kindy approve if no problem. If need anything pls do let me know. pls check attachment.. Mohon tuan menghantar semula iklan untuk pengesahan DBP melalui http://prpm.dbp.gov.my dengan mengklik e-perkhimatan bagi mendapatkan sijil pengesahan. Tuan juga membuat pembetulan dalam iklan seperti yang berikut: 1. Pusat Percetakan 2. Khidmat Cetakan dan Salinan Berkualiti | Lain-lain | 27.08.2013 |
| Apakah istilah bahasa Melayu untuk kata nama berikut?: • check-in (atau check in) dan • login (atau log in) ? Adakah kedua-dua perkataan check dan log di sini diterjemahkan kepada daftar sahaja? Atau ada terjemahan lain untuk tiap-tiap satunya? | Terjemahan yang sesuai bagi: Check in - Daftar Masuk Login ialah Log Masuk
| Makna | 13.08.2020 |
| nak check bahasa untuk buat signboard kedai dan approval | Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Sebelum muat naik visual iklan, sila buat pembetulan pada visual iklan terlebih dahulu: 1. Betulkan kepada KAFE DAN BAKERI 2. PROFUK MUSLIM boleh diletakkan di bahagian bawah nama perniagaan. 3. DREAMY CREAMY - Adakah nama perniagaan/syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai tanda dagang (trademark)? Jika telah berdaftar, sila nyatakan No. SSM atau No. TM pada bahagian Maklumat tentang Iklan dalam borang Maklumat Iklan untuk rujukan kami, dan jika belum berdaftar, sila gunakan nama yang telah berdaftar dengan SSM atau yang mempunyai tanda dagang sahaja. Bagi nama yang mempunyai tanda dagang, sila letak simbol ™ atau ® pada nama tersebut. Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul atau buat dwibahasa (Melayu - Inggeris) dengan bahasa Melayu diutamakan dari segi saiz, kedudukan dan warna huruf. 4. Sg. Buloh (titik pada singkatan Sg.) 5. Dimiliki oleh: XXX (rapatkan titik bertindih dengan perkataan"oleh") | Lain-lain | 24.02.2022 |
| Kindly check the necessary spelling, Thank you | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 09.10.2017 |
| boleh check permohonan iklan saya no pendaftaran : 32051/2015 terima kasih | Permohonan puan telah diproses. | Lain-lain | 14.08.2015 |