Bagaimana saya boleh mendapatkan 'spell checker' untuk memudahkan saya membuat suntingan penulisan dalam Bahasa Melayu. | Saudara boleh terus membuat semakkan secara melalui http://prpm.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 28.12.2016 |
Pada masa ini PERKESO membeli 100 lesen Kamus elektronik DEWAN EJA. Apakah kamus ini milik bersama DBP?. Sekiranya TIDAK apa kamus elektronik yang dijual oleh DBP dan bagaimana untuk membelinya sebab PERKESO sangat memerlukannya sebagai rujukan bersama dalam perisian Microsoft Words 2007 sebagai spelling checker bila menaip dalam Bahasa Malaysia. | DEWAN EJA merupakan kamus elektronik DBP. | Lain-lain | 10.08.2010 |
A. Perkataan atau istilah bahasa Malaysia bagi perkara berikut? 1. Orang yang menentukan jangka waktu sesuatu sarikata dipaparkan atau jangka masa video? (English: Timer) 2. Proses penentuan jangka waktu di atas? (English: Timing) 3. Orang yang membetulkan kesilapan ejaan dan tatabahasa? (English: Editor) 4. Orang yang menghasilkan gaya tulisan atau video? (English: Typesetter) 5. Proses penghasilan gaya tulisan di atas? (English: Typesetting) 6. Tulisan bergerak bersama lagu (bahasa Jepun: Karaoke) 7. Orang yang mencantumkan video asal, audio asal, dan sarikata yang dibuat sendiri serta penambahbaikan video menjadi satu 'file' video baharu yang boleh ditonton di komputer biasa? (English: Encoder) 8. Proses percantuman di atas? (English: Encoding) 9. Orang yang mencantumkan video, audio dan sarikata ke dalam 'file' berformat .mkv yang selalunya tidak dapat dimainkan dan tidak dapat ditonton di komputer biasa? (English: Muxer) 10. Proses percantuman di atas? (English: Muxing) 11. Orang yang memeriksa semula video yang telah siap di-'encode' untuk memastikan kualiti terjaga? (English: Quality Checker) 12. Proses pemeriksaan di atas? (English: Quality Checking) 13. Orang yang mengedarkan video tersebut? (English: Distributor) B. Adakah perkataan 'efek' betul dari segi bahasa Malaysia dengan maksud 'kesan khas'? Adakah terdapat istilah lain untuk 'efek' ataupun ia sebenarnya membawa maksud yang berbeza? (English: Effect) | (1)Timer-penjaga masa;(2)Timing–tempoh masa;(3)Editor-Editor;(4)Typesetter-pengatur huruf;(5)Typesetting-mengatur huruf; (6)Karaoke-karaoke; (7)Encoder-pengekod; (8) Encoding-pengekodan; (9) Muxer – pemultipleks; (10) Muxing-pemultipleksan; (11)Quality Checker – pemeriksa kualiti; (12)Quality Checking-memeriksa kualiti; (13) Distributor-Pengedar; (14)B. Effect-kesan; (15) Special effect – kesan khas. | Istilah | 03.03.2014 |