Chemical Data Sheet | Lembar Data Bahan Kimia | Lain-lain | 29.05.2009 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Photo Chemical Milling Equipment 2. Automated Pick & Place Machines Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Photo Chemical Milling Equipment - Peralatan Pengisaran Fotokimia 2. Automated Pick & Place Machines - Mesin Pilih dan Letak Automatik | Istilah | 05.04.2016 |
Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional | Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi. Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi. Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya. | Istilah | 11.12.2009 |
Dear Tuan / Puan, Good day to you and Salam Sejahtera. I have reently published a book, “A Chemical Engineering in the Palm Oil Milling Industry” (ISBN: 978-967-18188-0-0). I’m pleased to inform that my book is under consideration to be registered in The Malaysia Book of Records for The Longest Palm Oil Milling Memoir (working title). In order to quality for next round of assessment, may I seek your kind assistance to endorse that my book is indeed a Palm Oil Milling Memoir, and the total word counts (using MS Word processor) is 55,131 (excludes copyright page and table of content). Attached the followings for your reference: 1) Email from The Malaysia Book of Records 2) Print-screen of total word count using MS Word processor Should you need further clarification, kindly please contact me via email or my mobile +60 13 523 7070. Look forward to hearing a favorable reply from you. Thank you. Selamat Hari Raya Haji. | Salam sejahtera, Memohon sokongan dan pengesahan Dewan Bahasa dan Pustaka Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berhubung perkara di atas, mohon pihak tuan menulis surat rasmi kepada Ketua Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menyatakan hasrat tersebut dan memperoleh sokongan daripada pihak DBP. Surat bolehlah dialamatkan kepada: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 30, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. dan die-melkan kepada: E-mel: saleh@dbp.gov.my / szalina@dbp.gov.my Telefon: 03-2147 9011 Faks: 03-2147 9601 Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.07.2020 |
Dear Sir or Madam, I am looking for dictionary that translate English to Malay that is specific to Food Related terms and chemical terms. I heard one may have been written by Prof. Tan Keng Hong. Please advice. Thank you. Regards, Peter Leong | Untuk makluman saudara, kami tidak mempunyai buku yang ditulis oleh Prof. Tan Keng Hong. Saudara boleh merujuknya di Perpustakaan Negara atau perpustakaan di IPTA/IPTS. Di DBP, kami mempunyai Daftar Istilah Kimia dan Daftar Istilah Teknologi Makanan sekiranya berkaitan sebagai rujukan. | Lain-lain | 13.01.2009 |