Manakah yang betul? i. Bandaraya Ho Chi Minh atau ii. Bandar raya Ho Chi Minh | Ejaan yang betul ialah Bandar Raya Ho Chi Minh. | Ejaan | 01.06.2015 |
Syarikat LIANG CHI COOLING TOWER SDN BHD ingin membuat papan tanda bahasa Melayu dengan cadangan "Kilang Membuat Menara Dingin" Apakah penggunaan bahasa yang paling tepat untuk tujuan ini? | Harap dapat berikan istilah bahasa Inggeris untuk "Menara Dingin" kerana kami perlu semak sama ada istilah bahasa Melayu yang digunakan betul atau salah. Sekiranya betul, nama yang dicadangkan ialah Kilang Menara Dingin (perkataan "Membuat" tidak perlu kerana perkataan kilang telah mempunyai maksud tersebut) | Tatabahasa | 18.10.2012 |
adakah perkataan terbitan seperti makanan, minuman digolongkan sebagai kata nama? Adakan tai chi, wushu kata nama khas? Jika ya, perlu tak huruf besar (Tai Chi, Wushu)? | Makanan dan minuman digolongkan sebagai kata nama am, oleh itu tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Begitu juga dengan perkataan taici dan wusyu. (Rujuk Kamus Dewan Edisi keempat) | Tatabahasa | 17.01.2007 |