Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chicago


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana untuk menulis bibliografi untuk yang berikut mengikut Gaya Dewan: Ogilvy, D. 1965. The Creative Chef. in The creative organization , edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago. Denton, R. M. dan C. I. Pogson. 1985. Kajian Dasar dalam Biologi:Pengawalan metabolisme. Johari Mohd. Saleh, (sunt.) Kuala Lumpur: DBP. Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sodhi, N. S., Koh, L. P., Brook, B. W., & Eng, P. K. L. (2004). Southeast Asian Biodiversity: An Impending Disaster. Trends in Ecology and Evolution. 19(12): 654-660. Dalam Mohd. Azlan, J. A. G. A. (2012). Biodiversity Conservation Strategy in Malaysia: A Review From An Islamic Perspective. Jurnal Hadhari 4 (1): 129-136. Imam az-Zahabi. (2009). Cara makan dan berubat Nabi SAW. Terj. Dr Muhammad Amar Adly. Berlian Publication: Selangor

Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam penulisan tersebut.
1. Buku:              
Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.
Karya Editor:
Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Majalah
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977.

4. Kertas Kerja
Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.

Bersama-sama ini dilampirkan juga lampiran penulisan bibliografi yang dipetik daripada buku Gaya Dewan untuk rujukan dan penelitian pihak puan.
Lain-lain25.08.2015
Bagaimana format 'citation ' jika prpm merupakan salah satu rujukan?PRPM merupakan rujukan melalui laman sesawang. Format petikan PRPM bergantung kepada gaya petikan yang digunakan sama ada APA, MLA, Chicago atau lain-lain yang berkaitan.Lain-lain02.10.2020
Salam, tolong beri sedikit panduan tentang membina Tajuk Dokumen, dari sudut huruf besar dan huruf kecil. Juga, apakah saya harus menulis "diketahui" atau "DiKetahui" atau "diKetahui ," dalam pembinaan suatu Tajuk. Terima kasih DBP. Nota kecil: Dalam stail AP, preposisi empat atau lebih huruf (seperti "between" dan "above") hendaklah menggunakan huruf besar. Dalam stail Chicago, semua preposisi mesti ditulis dalam huruf kecil.

Pihak DBP tidak menawarkan khidmat nasihat secara khusus mengenai gaya penerbitan Associated Press atau The Chicago Manual of Style untuk maklumat lanjut mengenai kursus penerbitan tuan boleh merujuk Akademi DBP http://akademi.dbp.my/wordpress/. Berdasarkan gaya penerbitan yang digunakan di DBP untuk penulisan tajuk  teks berikut akan ditulis "Diketahui" jika menggunakan huruf besar untuk huruf permulaan ayat atau “DIKETAHUI” jika menggunakan huruf besar all caps untuk keseluruhan ayat. (Gaya Dewan).

Lain-lain05.03.2022

Kembali ke atas