"Young Malaysian children with lower respiratory tract infections show low incidence of chlamydial infection." Soalan saya: Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'lower respiratory tract infections'? Terima kasih. | Infeksi saluran nafas bawah. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.06.2014 |
Adakah perkataan "progressively diversified diet' dalam ayat di bawah ini diberikan padanan yang betul? Processed cereal-based foods for infants and young children 391. (1) Processed cereal-based foods for infants and young children— (a) are intended for feeding infants as a complementary food generally from the age of six months onwards, taking into account infants’ individual nutritional requirements, and for feeding young children as part of a progressively diversified diet; Makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil 391. (1) Makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil— (a) adalah bertujuan untuk diberi makan kepada bayi sebagai makanan pelengkap biasanya daripada umur enam bulan ke atas, dengan mengambil kira keperluan pemakanan bayi secara individu, dan untuk diberi makan kepada kanak-kanak kecil sebagai sebahagian daripada diet progresif pelbagai | Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi progressively diversified diet ialah diet perkembangan pelbagai atau diet tumbesaran pelbagai. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.07.2021 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah terjemahan bagi frasa-frasa berikut tepat? a) all of the documents - kesemua dokumen b) all children - kesemua anak c) the children - anak tersebut Saya juga ingin bertanya, apakah padanan bagi perkataan "tersebut"? | Frasa yang sesuai ialah a) semua dokumen atau kesemua dokumen b) semua anak atau kesemua anak c) anak-anak/kanak-kanak tersebut Maksud “tersebut” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah “telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut.” Oleh itu, penggunaan perkataan lain untuk menggambarkan “tersebut” ialah cerita tentang anak-anak/kanak-kanak, contohnya anak-anak/kanak-kanak yang bermain di taman, anak-anak/kanak-kanak miskin, dan sebagainya. | Tatabahasa | 21.01.2018 |
Saya mendapatkan kepastian. Apakah istilah sasaran Bahasa Melayu bagi perkataan "social-emotional". Contoh ayat "another barrier to early identification of young children with social-emotional problems is related to the assessment instruments available". Contoh istilah yang digunakan dalam Bahasa Inggeris "social-emotional development" "social-emotional skills" "young children with social-emotional issues" | Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk social-emotional ialah sosioemosi. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 15.09.2017 |
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya terjemahan dan istilah bahasa melayu yang tepat untuk "sedentary behaviour" seperti dalam ayat berikut; "Sedentary behaviour is time when children are doing very little physical movement. This includes sitting for long periods of time in a car, watching television or playing on tablets, computers, or phones. Help children sit less and stand up for better health". Istilah berikut sering digunakan dalam bidang sukan, perubatan dan pendidikan. Terima kasih atas perhatian DBP. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "sedentary lifestyle" ialah tingkah laku sedentari. | Makna | 28.10.2021 |
Keep out for children | jauhkan daripada kanak-kanak | Lain-lain | 25.06.2008 |
Adakah perkataan *kanak* dalam ayat *Kanak itu menangis kerana terjatuh semasa bermain bola* untuk merujuk kepada *child*atau *children* betul penggunaannya? Ini kerana guru yang pernah mengajar saya mengatakan bahawa *kanak-kanak* merupakan kata ganda semu (sama seperti epok-epok, anai-anai umpamanya) dan tidak boleh berdiri sendiri. Namun, perkataan *kanak* ini wujud dalam Kamus Dewan dan semakin berleluasa penggunaannya. Harap dapat menjelaskan. Terima kasih. | Dalam Kamus Pelajar kanak sama dengan kanak-kanak. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, child dan children diterjemahkan kepada kanak-kanak. Berdasarkan huraian tersebut tidak salah jika kita menggunakan kata kanak dalam ayat. Walau bagaimanapun kata kanak-kanak lebin mantap dan diterima penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 01.06.2013 |
Saya dari UNICEF (United Nation Children's Fund). Kami dalam proses menterjemah logo dan tagline kami ke bahasa Melayu. Tagline kami dalam Bahasa Inggeris adalah "For Every Child". Kami ingin menterjemahnya ke "Untuk Semua Anak" kerana Kanak-kanak agak panjang. Adakah terjemahan "Untuk Semua Anak" betul atau patutkah kami gunakan sahaja "Untuk Semua Kanak-kanak". Terima kasih, | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah untuk setiap kanak-kanak | Lain-lain | 26.07.2019 |
Apakah istilah yang sesuai atau sepadan bagi "Bring Your Own Device" (BYOD) dalam Bahasa Melayu? Bring Your Own Device (BYOD) program allows children to bring their own laptop or tablet to school for use in the classroom. | Cadangan terjemahan bagi "Bring Your Own Device" (BYOD) ialah Bawa Peranti Anda Sendiri atau Bawa Alat Elektronik Anda Sendiri | Makna | 16.09.2021 |
Adakah padanan perkataan “idealises” dengan “tanggapan keunggulan” dalam ayat di bawah ini betul? 391. (19) No labels of processed cereal-based foods for infants and young children shall display any picture, graphic or text which idealises the use of the product. 391. (19) Tiada label bagi makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil boleh mempamerkan apa-apa gambar, grafik atau tulisan yang memberi tanggapan keunggulan penggunaan produk. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi "idealises" ialah yang menggambarkan atau yang menjelaskan. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2021 |