Chin Tsin FRI 17:24 Chin Tsin Chin Admin, Selamat Petang. Blh tanya mcm mana pergi Dwan DBP dgn pengangkutan awam? Terima kasih. | Tuan boleh memilih untuk menaiki komuter atau LRT, sila rujuk laman web yang berkaitan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 30.09.2016 |
Chin Swee Fen Mar 2nd, 10:11pm salam sejahtera, bolehkah saya bertanya tentang ayat berikut, saya berenang di pantai atau saya berenang di laut. adakah kedua-dua ayat ini betul | Ayat yang gramatis ialah "Saya berenang di laut". | Tatabahasa | 02.03.2015 |
DBP ada buku untuk istilah senaman? Saya perlu padanan untuk 'chin-up'. | Kami mencadangkan "chin up" diterjemahkan sebagai "mendagu". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
1.Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu dibersihkan oleh kami atau kami bersihkan? 2 Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka bersahabat karib sejak dari kecil lagi atau sejak kecil lagi? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu kami bersihkan.
- Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka sahabat karib sejak kecil lagi.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 491 – 492. | Tatabahasa | 09.06.2024 |
Selamat pagi. Saya Chin. Saya telah menyediakan satu abstrak yang memerlukan semakan dari pihak Tuan/Puan. Kebanyakan perkataan saya telah merujuk kepada carian umum di DBP. | Untuk makluman, kami hanya menyemak perkataan atau ayat yang menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian kepada pengguna. Untuk semakan abstrak, kami cadangkan tuan/puan merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, PRPM dan buku Tatabahasa Dewan kerana bahan-bahan tersebut boleh membantu memudahkan tuan/puan dalam mencari perkataan atau pemilihan ayat yang lebih tepat dan lengkap. | Lain-lain | 13.03.2019 |
"Kata-kata Siew Chin menjadi batu api hati Mona". Sila betulkan kesalahan pada ayat tersebut. | "batu hati" bermaksud "penghasut". Perkataan "batu api" dalam ayat tersebut tidak sesuai. Sila gantikan perkataan lain yang sesuai. | Lain-lain | 15.10.2014 |
Surat Kiriman Rasmi Berhubung dengan perkara di atas, saya, Lai Lee Chin, murid Tahun Enam Kenanga ingin memohon kepada pihak sekolah untuk tinggal di Asrama Puteri. Soalan: 1. Berhubung perkara di atas/ Berhubung dengan perkara di atas? 2. Selepas perkataan saya, perlu bubuh tanda koma? Kata Pemeri Soalan: Tugas doktor ialah/ adalah merawat pesakit. Terima kasih. Cikgu Tan dari Melaka. | 1. Berhubung dengan perkara di atas. 2. Perlu tanda koma. 3. Tugas doktor merawat pesakit. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
Slmt sejahtera, saya ingin tahu bil yang terbaru saya. Nama: Yong Siew Chin Alamat: 14A-2, Jln Melaka Raya 14, Tmn Melaka Raya, 75000 Melaka. Sekian, terima kasih. | Maaf, apakah soalan yang ingin sdr. kemukakan? Terima kasih kerana menggunakan Sistem Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut: Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut: - Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
- Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
- Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
- Carian pantun dan biodata penulis/penyair
- Penyemakan bahasa Melayu klasik
Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi: - Peluang penerbitan
- Panduan penulisan buku
- Hak cipta dan royalti.
- Penyediaan manuskrip.
- Proses penerbitan.
Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi - Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
- Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
- Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP.
| Lain-lain | 04.01.2011 |
Salam sejahtera tua/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Weeder 2. Calf & Cow Covers 3. Calf Debudding Equipment & Supplies 4. Electric Dehorner 5. Chin Ball Mating Harness Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Weeder -Pencabut Rumpai/Pembuang Rumpai 2. Calf & Cow Covers - Penutup Badan Anak Lembu dan Lembu 3. Calf Debudding Equipment & Supplies - Peralatan Pembuangan Sel Penghasilan Tanduk 4. Electric Dehorner - Pembuang Tanduk Elektrik 5. Chin Ball Mating Harness - Abah-Abah Pengawanan di Dagu Lembu | Istilah | 02.03.2016 |
saya sudah beberapa kali menggunakan analisis kata untuk menjana kekerapan perkataan tetapi setakat ini tidak berjaya. mohon bantuan/penjelasan. terima kasih. dr hajar abdul rahim birmingham, uk. | Untuk makluman Dr., lazimnya apabila telah berdaftar dengan sistem korpus DBP, Dr. boleh mencapai sistem korpus dan mendapatkan input daripada sistem berkenaan. Walau bagaimanapun jika terdapat masalah dengan sistem berkenaan, Dr. boleh menghubungi Bahagian Sistem Maklumat DBP atau pegawai yang terlibat dalam pendokumentasian data korpus, iaitu Puan Chin Lee Yim melalui e-mel chin@dbp.gov.my">chin@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.11.2010 |