Chow Sheng Mar 10th, 11:44am seorang guru Bm jelaskan soalan ini jwapannya ialah memotong rambut , bukan menggunting rambut Chow Sheng Mar 10th, 11:45am adakah jawapan ini betul Chow Sheng Mar 10th, 11:46am beliau jelaskan kata kunci ' dengan berhati- hati ' Chow Sheng Mar 10th, 11:55am apakah pendapat yang diberi oleh guru tentang soalan ini? Chow Sheng Mar 10th, 11:58am thanks Chow Sheng Apr 11th, 10:19pm lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Chow Sheng Apr 11th, 10:19pm apa jawapannya yang paling sesuai Chow Sheng Apr 11th, 10:20pm apakah perbezaan antara suram dan pudar? Chow Sheng Apr 11th, 10:20pm TQ | Terima kasih. Tuan boleh menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai tempat rujukan. Tuan boleh menaip perkataan atau penjodoh bilangan tersebut. Selain daripada itu, tuan juga boleh klik pada pautan Khidmat Nasihat untuk mendapatkan jawapan yang betul. Sila klik url ini --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memotong+rambut&d=10 Selain daripada itu, soalan yang ditanya dengan merujuk paparan imej/gambar tidak boleh dibaca kerana DBP menggunakan sistem pengkalan data khas. Oleh itu, mohon jasa baik tuan untuk menaip penuh akan soalan yang ingin ditanya agar mudah pihak kami menjawabnya. | Istilah | 10.04.2015 |
Chow Sheng Feb 27th, 2:50pm salam sejahtera ..bolehkah saya tanya soalan BM ? 1..sebuah impian / sebuah pengalaman betul atau salah? 2. harap jangan betul atau salah? thanks(^_^) | 1. Karya kreatif biasa menggunakan ungkapan sebuah impian dan sebuah pengalaman. Namun begitu dalam ungkapan umum, frasa yang betul ialah suatu impian dan suatu pengalaman. Soalan tuan yang kedua tidak jelas. Sila hubungi kami semula melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami. | Tatabahasa | 27.02.2015 |
Chow Sheng Mar 9th, 10:13am Berjoging ialah senaman yang mendatangkan banyak faedah Chow Sheng Mar 9th, 10:17am ayat ini ayat majmuk atau ayat tunggal ? | Ayat "Berjoging ialah senaman yang mendatangkan banyak faedah" ialah ayat majmuk. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
Pola ayat : Kasut itu berwarna biru - Frasa Nama + Frasa Adjektif. Tatabahasa 25.01.2011 Hotel itu bertaraf dunia. Pola ayat Frasa Nama + Frasa Adjektif Tatabahasa 02.03.2011 Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. Tatabahasa 11.02.2011 Pada pendapat saya, jwp bagi ketiga-tiga ayat di atas (dipetik drp halaman Khidmat Nasihat DBP) salah. Berwarna & bertaraf kedua-duanya merupakan kata kerja. Oleh itu, pola ayat sepatutnya FN + FK Terima kasih. Drp: Cikgu Chow | Penerangan yang Cikgu Chow berikan memang tepat. Data yang silap akan dibetulkan secepat mungkin. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 18.08.2015 |
1. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel. 2. Cikgu Faridah seorang yang baik hati. 3. Cikgu Faridah guru di SMK Taman Universiti 2. Ada guru yg memberikan jwp spt berikut: ayat 1 : FN+FN ayat 2 : FN + FA ayat 3 : FN + FS Pd pendapat saya, yg betul ialah: ayat 1 : FN + FK (kerana bernama ialah kata kerja) ayat 2 : FN + FN (subjek ialah Cikgu Faridah, FN; predikat ialah seorang yg baik hati, FN juga. Jika ayat ialah "Cikgu Faridah baik hati", maka pola barulah FN + FA) ayat 3 : FN + FN (predikat ialah guru di ...., iaitu FN). Jika ayat ialah "Cikgu Faridah di SMK Taman Universiti 2", barulah FN + FS. Harap pihak tuan dapat memberikan pencerahan. Terima kasih. Drp: Cikgu Chow | Penerangan yang Cikgu Chow berikan memang tepat. Data yang silap akan dibetulkan secepat mungkin. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 18.08.2015 |
JELASKAN KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA | Khidmat Nasihat DBP membantu pengguna menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan penerbitan. Sila rujuk buku/artikel yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti artikel yang berikut: Ideologi dan pembentukan negara-bangsa | Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif | Dewan Budaya | 1 August 1998 |
Ke arah pembentukan negara yang padu | Chow Chee Choy | Dewan Siswa | 1 December 1990 |
| Lain-lain | 15.04.2011 |