Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®cecap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cicip I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD CICIPAN

Cicipan ialah padanan kata chirrup dalam bahasa Melayu. Satu lagi perkataan cicip atau lazimnya disebut mencicip, iaitu berbunyi seperti bunyi burung. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan cicipan bagi maksud yang tersebut.

Makna20.06.2011
Tuan, dalam Kamus Dewan ada termuat perkataan merarau (makan tengah hari) dan kudapan (kuih-muih). Bagaimana pula dengan perkataan 'cicipan' yang kian leluasa diguna pakai oleh sesetengah juruacara untuk merujuk kepada makan kuih pada waktu petang sedangkan dalam Kamus Dewan tidak memuatkan kata 'cicipan' yang merujuk kepada makan kuih pada waktu petang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Encik Nik,

Perkataan yang betul ialah cecap yang  bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. Perkataan cicip/mencicip bermaksud berbunyi seperti bunyi burung.    

Makna05.07.2010

Kembali ke atas