Adakah perkataan "tercicirkan" wujud dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Perkataan “tercicirkan” tiada dalam kosa kata bahasa Melayu. Kata terbitan yang wujud daripada perkataan dasar “cicir” ialah tercicir, berciciran, mencicirkan, dicicirkan, cicirkan dan keciciran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 434 dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, https://prpm.dbp.gov.my/. | Tatabahasa | 10.07.2025 |