Apakah perbezaan antara makcik dan mak cik? Bagaimana hendak menulis mak cik bagi seseorang budak yang bernama Anis.( makcik Anis atau mak cik Anis atau Mak Cik Anis)? Kalau wanita itu bernama Susi, panggilan untuk nya ialah Mak Cik Susi atau Makcik Susi? | Ejaan yang betul ialah mak cik. Mak Cik Ani. Mak Cik Susi. | Ejaan | 12.12.2023 |
Tuan/Puan/Cik, Saya ingin meminta pendapat pakar-pakar di DBP tentang ejaan Jawi perkataan Inggeris "mingle" (bunyi fonetik: ˈmɪŋ.ɡəl). Kawan dari Abu Dhabi berkata bahawa ejaan nya adalah مينفل. Tetapi bunyi "ˈmɪŋ.ɡəl" dalam ejaan Jawi menggunakan huruf-huruf ڠ (nga) dan ڬ (ga) yang unik dalam abjad Jawi; misalnya "minggal" dieja ميڠڬل. Pada pendapat pihak DBP, apakah ejaan yang betul? | Ejaan Jawi yang betul bagi perkataan mingle ialah ميڠڬل. | Ejaan | 25.12.2019 |