Adakah ayat di bawah betul. A.Harga sekilogram cili ialah RM 4.50. B.Harga cili sekilogram ialah RM4.50. C.Harga cili ialah RM4.50 sekilogram. | Ayat yang betul ialah: Harga sekilogram cili ialah RM 4.50; dan Harga cili ialah RM4.50 sekilogram. | Tatabahasa | 09.10.2014 |
ASSALAMUALAIKUM SAYA INGIN BERTANYA APAKAH PERBEZAAN ANTARA CILI DAN LADA? | Cili dan lada sama sahaja, nama saintifiknya ialah Capsicum spp. | Makna | 03.05.2013 |
Adakah 'cili padi' kata nama khas dan ditulis sebagai 'Cili Padi'? Bagaimana pula dengan' bunga anggerik" ? | Cili padi dan bunga anggerik bukan kata nama khas. Oleh itu, hendaklah ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 22.12.2008 |
Apakah penjodoh bilangan untuk cili? | Tidak ada maklumat tentang penggunaan penjodoh bilangan untuk cili dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun,berdasarkan bentuk fizikal cili, kami berpendapat penjodoh bilangan yang sesuai ialah biji kerana biji menjadi penerang bentuk untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil. | Tatabahasa | 27.01.2014 |
Betulkah penggunaan nama "pucuk awal" dan serpihan cili pada labrl produk? Bukankah sepatutnya pucuk muda dan serbuk cili kasar. Sekian | Sila berikan makna dan konteks penggunaan “pucuk muda” dan “serpihan cili” bagi memudahkan kami memberikan cadangan perkataan yang sesuai. | Istilah | 02.11.2024 |
Saya ingin tanya mengenai tatabahasa. Masak lemak cili api udang galah atau udang galah masak lemak cili api yang betul? ayam masak kicap atau masak kicap ayam | Frasa yang tepat ialah udang galah masak lemak cili api dan ayam masak kicap. Dalam hukum tatabahasa D-M (diterangkan-menerangkan), bagi binaan inti-penerang, inti (unsur yang diterangkan) harus berada di hadapan penerang (unsur yang menerangkan inti.) Dalam contoh yang diberikan, udang galah ialah unsur yang diterangkan, manakala masak lemak cili api ialah unsur yang menerangkan inti. Begitu juga dengan ayam (unsur yang diterangkan), manakala masak kicap (unsur yang menerangkan inti.) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 531. | Tatabahasa | 10.03.2025 |
salam, antara kata adjektif berikut, yang manakah lebih sesuai? 1. Nenek mengisar cili itu sehingga halus. 2. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 3. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. Dan jika saya ingin gunakan no.1 adakah ayat saya salah? Terima kasih. | Ayat yang betul seperti berikut: 1. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 2. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
selamat sejahtera, saya ingin membuat papan tanda dan ingin membuat semakan bahasa. 1) kilang membuat koay teow dan cili boh 2) kilang memproses koay teow dan cili boh manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan? sekian terima kasih | Perkataan yang sesuai ialah Kilang Kuetiau dan Cili Boh | Lain-lain | 23.11.2018 |
apakah maksud atau pengertian Cili Giling | Maknanya ialah cili yang dilumatkan. | Makna | 11.03.2010 |
adakah ayat ini betul? ibu membeli cili sos di kedai. | Ayat yang betul ialah ibu membeli sos cili di kedai. | Tatabahasa | 29.07.2013 |