saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara | Saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara, kedua-duanya betul. Penjelasan tentang kata sendi nama akan dan kepada yang digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut adalah seperti berikut; 1. Saya cinta akan negara... Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. 2. Saya cinta kepada negara... Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 18.04.2011 |
1.Aku cinta padamu atau aku cinta kepadamu? 2. dari basikal atau daripada basikal ? | Frasa yang betul ialah 1. aku cinta kepadamu, 2. daripada basikal. | Lain-lain | 21.01.2010 |
Apakah makna atau erti istilah SAYANG dan CINTA dan apakah beza antara kedua-dua perkataan ini. | Encik Kamal, Perkataan sayang bermaksud 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; mencintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. Perkataan cinta bermaksud 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharapharapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa kedua-dua perkataan ini bersinonim. | Kamus Dewan Edisi Empat | | |
| Makna | 13.06.2010 |
Salam, Mohon bertanya, mengapakah "Dia jatuh cinta dengan saya." salah? Dan mohon penjelasan mengapa "Dia jatuh cinta pada saya" lebih sesuai untuk konteks ini. | Ayat yang betul ialah "Dia jatuh cinta kepada saya." Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan. Manakala kata sendi nama "dengan" digunakan untuk membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu itu dilakukan, memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
Yang mana yang betul: a) Tak kenal maka tak cinta b) Tidak kenal maka tidak cinta | Yang betul ialah a. tak kenal maka tak cinta | Tatabahasa | 01.02.2012 |
Bagaimanakah punggunaan perkataan 'adakah' dan 'apakah'? Mana satukah yang betul: 'Adakah ini yang dinamakan cinta?' atau 'Apakah ini yang dinamakan cinta?' | Penggunaan adakah merujuk kepada pertanyaan yang memerlukan jawapan ya atau tidak. Contoh ayat, Adakah awak bawa bekal hari ini? Ya. Manakala apakah pula pertanyaan yang merujuk kepada benda,haiwan,bukan manusia dan memerlukan jawapan keterangan. Contoh ayat, Apakah bekal yang awak bawa hari ini? Saya bawa bekal roti. Oleh itu, ayat yang betul ialah Adakah ini yang dinamakan cinta? | Lain-lain | 14.08.2010 |
1. semangat cinta akan negara 2. semangat cintakan negara adakah kedua-duanya jugalah betul? terima kasih. | Frasa yang tepat ialah semangat cinta akan negara. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Tuan, Soalan 1. Bukankah kata adjektif perasaan seperti cinta, marah perlu diikuti oleh kata "akan". Dalam T/B Dewan m/s 232, saya dapati ayat 83, Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya dan ayat 84, Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. Soalan ke-2 T/B dewan m/s 201 mengelompokkan kata bertangisan sebagai perbuatan antara dua pihak atau bersalingan. Bukakah lebih sesuai sebagai perbuatan berulangan, berterusan atau berpanjangan? Harap tuan dapat jelaskan. Soalan ke-3 Adakah kini penggunaan "ia" boleh merujuk kepada benda/perkara? Terima kasih. | 1. Kedua-dua ayat itu betul kerana Kata Adjektif tidak dapat diikuti Kata Nama, maka Kata Sendi Nama hadir selepas kata Adjektif bagi menghasilkan ayat yang gramatis. 2. Merujuk Kamus Dewan bertangisan bermaksud saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan. Oleh itu, maksud ini selaras dengan pengelompokan dalam buku Tatabahasa Dewan. 3. Ia, boleh merujuk kepada benda/perkara yang dibicarakan. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Tuan, antara perkataan ingin dengan mahu yang manakah lebih sesuai digunakan dalam berikut? 1)Wanita yang putus cinta itu ingin membunuh diri. 2)Wanita yang putus cinta itu mahu membunuh diri. | Kedua-dua ayat itu betul kerana dalam konteks ayat tersebut perkataan mahu dan ingin mempunyai makna yang sama. | Tatabahasa | 15.06.2012 |
Ibu bapa perlu sering membawa anak-anak ke perpustakaan. Melalui cara ini dapat menanam perasaan cinta akan buku. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat tersebut? | Ayat yang gramatis ialah "Ibu bapa perlu sering membawa anak-anak ke perpustakaan agar dapat menanam perasaan cinta akan buku." | Tatabahasa | 25.07.2013 |