Bolehkah tuan berikan contoh penggunaan untuk 1. dan 2. seperti di bawah? 1. cinta akan 2. cinta pada | Frasa yang betul ialah "cinta akan", contohnya "Saya cinta akan kedua-dua ibu bapa saya". | Tatabahasa | 11.08.2014 |
1. semangat cinta akan negara 2. semangat cintakan negara adakah kedua-duanya jugalah betul? terima kasih. | Frasa yang tepat ialah semangat cinta akan negara. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Yang mana subjek yang tepat bagi ayat ini? Kita juga boleh menggunakan karya sastera untuk memupuk semangat cinta akan negara. Jawapan: Kita juga atau Kita | Kita juga boleh menggunakan karya sastera untuk memupuk semangat cinta akan negara. Subjek yang tepat dalam ayat tersebut ialah Kita juga. Untuk lebih memahami topik ini, sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 16.05.2025 |
saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara | Saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara, kedua-duanya betul. Penjelasan tentang kata sendi nama akan dan kepada yang digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut adalah seperti berikut; 1. Saya cinta akan negara... Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. 2. Saya cinta kepada negara... Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 18.04.2011 |
Ibu bapa perlu sering membawa anak-anak ke perpustakaan. Melalui cara ini dapat menanam perasaan cinta akan buku. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat tersebut? | Ayat yang gramatis ialah "Ibu bapa perlu sering membawa anak-anak ke perpustakaan agar dapat menanam perasaan cinta akan buku." | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Soalan yang saya tanya dalam pertanyaan yang lepas: Saya cinta akan negara. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Jawapan di atas merupakan jawapan yang saya terima daripada pertanyaan yang lepas. Saya ada soalan mengenai "penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif." Berdasarkan contoh di atas, di manakah kata adjektif yang bersifat emotif? Jawapan yang diterima: Saya cinta akan negara. Cinta ialah unsur emotif dalam ayat tersebut. Ada pertanyaan lagi mengenai soalan di atas: Cinta ialah kata nama dan bukannya kata adjektif. Bukan? Jadi, ayat “Saya cinta akan negara" adalah kurang tepat? | Cinta ialah kata adjektif sama seperti kasih dan sayang. Hal ini boleh dibuktikan dengan penggunaan kata penguat seperti a "sangat mencintai ibunya". Oleh itu, ayat "saya cinta akan negara" itu betul. | Tatabahasa | 30.09.2014 |
1. Saya cinta akan negara. 2. Saya cinta kepada negara. 3. Saya cinta pada negara. Harap pihak tuan dapat memberikan sebab-sebab penggunaannya betul atau salah. | Saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara, kedua-duanya betul. Penjelasan tentang kata sendi nama akan dan kepada yang digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut adalah seperti berikut; 1. Saya cinta akan negara... Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. 2. Saya cinta kepada negara... Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. 3. Saya cinta pada negara Juga betul penggunaannya. | Tatabahasa | 14.08.2014 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ayat berikut: Cara-cara untuk memupuk semangat cinta akan negara termasuklah belajar mata pelajaran Sejarah. Adakah ayat di atas ada kesalahan? Bolehkah perkataan cara-cara guna dengan termasuklah? Terima kasih. | Ayat tersebut tiada kesalahan, namun boleh diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: "Antara cara untuk memupuk semangat cinta akan negara ialah mempelajari mata pelajaran Sejarah." Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431 hingga 575. | Lain-lain | 30.09.2025 |
Saya cinta akan negara. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Jawapan di atas merupakan jawapan yang saya terima daripada pertanyaan yang lepas. Saya ada soalan mengenai "penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif." Berdasarkan contoh di atas, di manakah kata adjektif yang bersifat emotif? | Saya cinta akan negara. Cinta ialah unsur emotif dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 29.09.2014 |
Mengapa tidak boleh mengatakan 'mencintai negara' tetapi mesti mangatakan 'cinta akan negara'? Terima kasih | Kedua- duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.06.2010 |