Salam, Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang perkataan ciplak, mengikut kamus dewan edisi keempat, takrif perkataan ciplak merujuk kepada jiplak. Berdasarkan semakan saya maksud perkataan ciplak tidak ada dalam kamus dewan. Kebiasaan yang saya jumpa dalam pelbagai penulisan perkatan ciplak selalu digunakan. Boleh atau tidak boleh saya menggunakan perkataan ciplak dalam sebarang penulisan yang merujuk kepada perbuatan meniru, mengambil karangan orang tanpa keizinan. Harap Tuan/Puan dan membantu. Terima kasih. | Perkataan ciplak boleh digunakan sama maksudnya dengan jiplak. Ciplak juga ialah padanan istilah plagiarism dalam bahasa Melayu. | Makna | 26.06.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, bolehkah perkataan "ciplak" digunakan dalam kajian sastera? Kerana saya mendapati istilah ini tidak dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima Kasih. | Perkataan ciplak boleh digunakan sama maksudnya dengan jiplak. Ciplak juga ialah padanan istilah plagiarism dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 22.08.2013 |
Mengapakah terjadinya penciplakan intertekstualiti dalam pembikinan hasil karya tempatan dan bagaimanakah cara untuk menanganinya? | Ciplak secara ringkasnya mengambil karya orang secara sepenuhnya dan memasukkan ke dalam karya kita. Justeru, ciplak salah di sisi undang-undang. Akan tetapi, intertekstualiti bukan ciplak. Ia merupakan pengolahan dan penyesuaian yang kreatif oleh seseorang pengarang pada karyanya. Dalam erti kata lain, sebuah teks menghasilkan teks yang lain. Ini biasa berlaku. Jika saudara memahami intertekstualiti dengan baik dan menguasai hipogram, maka saudara akan lihat betapa banyaknya karya merupakan intertekstualiti. Sejarah Melayu misalnya merupakan intertekstulaiti daripada Hikayat raja-raja Pasai. Demikian juga dengan sejumlah besar karya Shahnon Ahmad, merupakan intertetestulaliti daripada pengarang-pengarang yang lain. Oleh sebab itu, pengaruh bacaan seseorang pengarang pada karya-karya lain tidak dapat dielakkan yang kemudiannya menghasilkan intertekstualiti. | Lain-lain | 21.04.2007 |
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll | Encik Rizuan, Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 11.05.2010 |