Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n surat /pekeliling, edaran/. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. round, bulat, bundar: a ~ table, meja bulat; 2. (of journey, route, etc) moving in a circle, sepusingan: a ~ bus route, jalan bas sepusingan; 3. (of argument, theory) tdk /munasabah, masuk akal/; 4. (of stairs) keliling; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata circular


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Saya merupakan penjawat awam yang berkhidmat di Pejabat Pengurusan Pelaksanaan (DMO), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Saya bertanggungjawab untuk mengadakan Bengkel Pengenalan kepada Circular Economy. Sehubungan itu, saya ingin bertanya, apakah terma bagi terjemahan ayat Circular Economy ke dalam Bahasa Malaysia, saya telah berusaha mendapatkan maklumbalas daripada profesor universiti tempatan dan mereka mencadangkan terjemahan Circular Economy adalah Ekonomi Pekeliling, maka, adakah ayat terjemahan ini boleh digunakan? Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "circular economy".  Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ekonomi pusingan.Istilah20.07.2016
Apakah istilah Bahasa Melayu yang tepat untuk CIRCULAR PERMUTATION. Ianya merupakan salah satu topik dalam bidang MatematikBerdasarkan data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi circular permutation ialah pilih atur membulat.Istilah22.09.2019
Huraian “Circular Resolution” ialah didalam mendapatkan kelulusan dari Ahli Lembaga Pengarah dimana resolusi diatas sesuatu perkara diedarkan untuk persetujuan lembaga Pengarah. Ini dilakukan dimana mesyuarat lembaga pengarah tidak dapat diadakan dan keputusan lembaga pengarah diperlukan. Mohon pencerahan bagi istilah penggunaan di dalam Bahasa Melayu bagi Circular Resolution. Terima kasih.Berdasarkan penerangan yang diberikan, kami berpendapat istilah bahasa Melayu yang sesuai ialah usul edaran.Istilah30.05.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Cadaver Scissor Lift Trolley 2. Clay Mining Bulk Handling Apron Feeder 3. Clay Mining Bulk Handling Bucket Wheel Stacker Reclaimer 4. Clay Mining Bulk Handling Circular Stacker Reclaimer 5.Clay Mining Bulk Handling Chute Linings & Covers Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 

1. Cadaver Scissor Lift Trolley – Troli Angkat Mayat

2. Clay Mining Bulk Handling Apron Feeder – Penyuap Apron Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

3. Clay Mining Bulk Handling Bucket Wheel Stacker Reclaimer – Pemulih Guna Tindan Roda Timba Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

4. Clay Mining Bulk Handling Circular Stacker Reclaimer – Pemulih Guna Tindan Bulat Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

 5.Clay Mining Bulk Handling Chute Linings & Covers – Penutup dan Pelapik Pelongsor Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

Istilah04.05.2016
Tuan/Puan Di Sini saya lampirkan e-mail yang saya terima dari tempat ker Soalan saya yang palng utama ialah berkenaan pantun di bawah. Kitaketepikan Maksud Pantu rangkp 2 dan 3. Yang saya persoalkan adalah pembayangnya rangkap 1 dan 2. Sayatak mahu memakukan Negeri saya serta rakyatnya. Pantun ini harus saya ucapkandi PA semasa ketibaan. Jika pantun ini tidak melambangkan ciri pantun melayu asli (pada saya tidak langsung). Saya meminta pohak DBP berhubung dengan Malaysia Airlines atas kurang prihatinmereka akan Pabtu Melayu berzaman yang halus dan cukup indah Subject : NEGARKU CAMPAIGN Initiative – After Landing Announcement (Effective Immediately) Dear Cabin Crew, With reference to the circular below, please be informed that the Negaraku Campaign Initiative will take effect immediately. The After Landing Announcement (please see attachment) should include one of the following: 1. Pantun (Preferred; If Crew is confident in the delivery) Membeli gelang di Pasar Karat, Untuk hantaran si anak dara, Negaraku lambang kesatuan rakyat, Selamat pulang, perantau Negatakuj Minta tolong sangat dengan pendapat Tuan/Puan atas pantundi atas. Terima KasihSalam sejahtera,

Tuan,

Berdasarkan pandangan tuan, memang betul pembayang pantun tersebut tidak sesuai dengan maksud pantun. Pembayang kebiasaannya perlu berkaitan dengan jiwa besar, lambang Negara seperti bendera, atau alam seperti pelangi. Hal ini kerana maksud pantun ini berkaitan dengan jiwa dan semangat perantau.

Sekian, terima kasih.
Makna20.06.2017

Kembali ke atas