Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of quoting, pemetikan, penyedutan; 2. quoted word, phrase, petikan, sedutan; 3. official commendation, kata-kata pujian; (in the form of a document) sijil penghargaan; 4. summons, saman. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata citation


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan citation dalam bahasa melayuPadanan bahasa Melayu bagi citation ialah pemetikan, penyedutan, petikan, sedutan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna02.03.2010
Mohon pihak DBP cadangkan istilah bagi Citation dalam Bahasa Melayu. Adakah istilah 'sitasi' diterima?Padanan bahasa Melayu bagi "citation" ialah pemetikan, penyedutan, petikan, sedutan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Istilah10.11.2014
1) Manakah yang lebih sesuai; "Dari Wikipedia bahasa Melayu", atau "Daripada Wikipedia bahasa Melayu"? 2) Di manakah boleh saya temukan panduan untuk pemetikan (citation) dalam bahasa Melayu? Segala usaha saya dahului dengan terima kasih.Ayat yang betul ialah "Daripada Wikipedia bahasa Melayu". Tidak ada panduan khusus untuk mengambil petikan dalam naskhah bahasa Melayu. Apa yang boleh kami bantu, saudara boleh layari laman web kami dan taipkan perkataan/frasa yang berkaitan dengan petikan yang hendak dicari, pangkalan data kami akan mengeluarkan sumber yang berkaitan (jika ada) dari buku, artikel atau karya penulisan.Tatabahasa27.01.2011
tolong terangkan maksud frasa " ucap jasa" dalam ayat di bawah... " ucap jasa bagi pengurniaan ijazah doktor kehormat"

Puan Noris,

Perkataan ucap jasa bermaksud kenyataan atau pernyataan rasmi sebagai penghargaan di atas kejayaan atau keberanian seseorang. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah citation

Makna29.03.2010
Bagaimana hendak menulis Bibliografi untuk artikel yang dipeti daripada internet? Sebagai contoh: Ana Ghoib. (Jan 8, 2015). Fenomena suhu sejuk melampau akan berulang. Berita Terkini. Diambil daripada: malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/

Berikut diberikan format penulisan bibliografi untuk artikel daripada Internet:

(a)          Nama pengarang.
(b)         Tarikh data dalam tanda kurung.
(c)          Tajuk bahan.
(d)         Nama penerbit.
(e)          Alamat laman sesawang.
(f)          Tarikh melayari laman sesawang dalam tanda kurung.

CONTOH:
 
Taylor, Todd. (15 Mei 2002). “The Elements of Citation: Basic CGOS Style”. 
        Columbia University Press.
        http://www.columbia.edu/cu/cup/cgos/idx_basic.html  (23 Mei 2002).

Ana Ghoib. (8 Januari 2015). “Fenomena Suhu Sejuk Melampau akan Berulang”.

Berita Terkini.

http malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ (        ?        )

Lain-lain08.07.2015

Kembali ke atas