Apakah terjemahan bagi 'Vatican City'? | Padanan bahasa Melayu bagi ‘Vatican City’ juga ialah ‘Vatican City’. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.07.2014 |
Best City Auto ACC Kini di Cheng Baru | 1. Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal “http://dbpsahbahasa.my/”, | Lain-lain | 20.06.2017 |
Salam sejahtera. Adakah sesuai jika istilah "mega-city" yang digunakan dalam teks berkaitan petempatan masyarakat, diterjemah sebagai "bandar mega"? Adakah terjemahan lain yang lebih sepadan? Terima kasih. | Salam sejahtera. Adakah sesuai jika istilah "mega-city" yang digunakan dalam teks berkaitan petempatan masyarakat, diterjemah sebagai "bandar mega"? Adakah terjemahan lain yang lebih sepadan? Terima kasih. Mengikut data kami, ‘city’ diberikan padanan “bandar raya” , “bandar” dan “kota”. Mengambil kira konsep “mega” kami mencadangkan “mega city” diberikan padanan “bandar raya mega”. | Istilah | 13.01.2015 |
Ayat yang lebih teratur diantara 2 di bawah: "The midland city of Johor" Atau "The midland city of Johore" | Kedua-dua bentuk ayat adalah betul, teks bahasa Inggeris boleh mengekalkan ejaan Johore tetapi tidak salah jika menggunakan ejaan Johor (nama khas). | Ejaan | 28.10.2011 |
Tuan, Apakah terjemahan yang tepat bagi "City Campus"? Adakah ia 'Kampus Bandar' atau 'Kampus Dalam Bandar'? Terima Kasih. | Terjemahan secara literal bagi Campus City ialah Kampus Bandar, walau bagaimanpun terjemahan Kampus dalam Bandar juga betul bagi menggambarkan konsep pembinaan kampus tersebut. | Tatabahasa | 17.10.2011 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Salt Lake City"? Adakah nama tempat ini boleh dikekalkan seadanya? Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Salt Lake City merupakan sebuah bandar di Amerika Syarikat. Sehubungan dengan itu, nama tersebut perlu dikekalkan dalam ejaan asal. | Lain-lain | 26.09.2017 |
Salam. Apakah padanan yang sesuai bagi istilah "gateway city" seperti yang dimaskudkan dalam dua pautan Wikipedia ini? https://en.wikipedia.org/wiki/Gateway_Cities https://zh.wikipedia.org/zh-my/%E9%97%A8%E6%88%B7%E5%9F%8E%E5%B8%82 Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gateway city ialah bandar pintu masuk. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.07.2023 |
Saya memerlukan pengesahan ataupun cadangan berkenaan terma bahasa inggeris iaitu " Sponge City ". Memerlukan nasihat berkenaan cadangan penggunaan terma bahasa melayu. di bawah saya kepilkan poster berkaitan | Terjemahan bagi Sponge ialah "span atau bunga karang". Cadangan terjemahan bagi Sponge City ialah "Bandar Bunga Karang" | Makna | 22.03.2022 |
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotel | Maksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotel | Makna | 22.08.2007 |
Manakah satu jemahan berikut adalah betul dari segi bahasa. Eng: The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia 1. Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di asia tenggara 2. Pusat pemborong sehenti yang paling komprehensif di asia tenggara 3. Pusat pemborong satu perhentian yang paling komprehensif di asia tenggara | Terjemahan yang betul untuk "The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia" ialah Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di Asia Tenggara . | Penyemakan dan penterjemahan | 09.04.2014 |