Salam, Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata terdapat perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Dalam ayat contoh ayat yang diberikan ayat yang betul ialah "Peter Pan tidak mengetahui makna/maksud ciuman". Namun dalam karya kreatif, penggunaan ayat tanya yang diletak di tengah ayat adalah dibenarkan. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan dalam ayat di atas menerusi penulisan karya kreatif.
Thanks for clicking. That felt good.