Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi engsel pintu sewaktu pintu dibuka dll; berciut, berciut-ciut, menciut, menciutĀ­-ciut berbunyi ciut(-ciut): menciut bunyi tayar keretanya menggigit aspal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciut I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah gelaran dalam keluarga yang digunakan pakai dalam masyarakat Melayu, contohnya: selepas anak, cucu, cicit dan seterusnya. Begitu juga dengan selepas ayah dan ibu, datuk dan nenek, kemudian, moyang, dan seterusnya. Ini kerana saya mendapat tahu pelbagai gelaran yang saya sendiri tidak pernah dengar atau tahu sebelum ini seperti selepas cicit, ciut, ciat, dan pelagai lagi. Adakah semua gelaran ini direkod dan disahkan atau sekadar panggilan mengikut negeri atau daerah sahaja...? terima kasih..Dalam masyarakat Melayu peringkat keturunan masih sama seperti anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya cuma kita jarang melihat kepada keturunan yang sudah jauh seperti piut-miut dan piat-piut. Yang berbeza ialah gelarang seperti long, ngah, ude, utih, alang dan sebagainya. Perbezaan ini ada direkodkan dalam buku/makalah yang berkaitan dengan budaya.Istilah11.01.2012

Kembali ke atas