Apakah maksud dalam bahasa bagi 1. managerial coaching 2. coaching Bolehkah kita menyatakan peranan coaching itu sebagai membimbing atau perkataan membimbing sesuai utk mentoring. untuk area pengurusan sesuaikah kita menggunakan perkataan coaching sebagai jurulatih...kerana jurulatih lebih sesuai untuk area sukan. Ataupun kita boleh gunakan perkataan coaching atau coach dalam bahasa. Terima Kasih | Untuk makluman terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "coaching' dalam pangkalan data istilah DBP, iaitu latihan, latih, melatih, bimbingan, ajar dan tunjuk ajar. Oleh itu, puan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. Istilah "membimbing" boleh juga digunakan bergantung pada ayat dan konteks penggunaan. Istilah "jurulatih" biasanya digunakan dalam bidang sukan. "Coaching" atau "coach" tidak boleh digunakan kerana telah ada padanan bahasa Melayu. | Istilah | 18.03.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan yang tepat dalam bahasa Melayu untuk istilah "coaching of coordinator"? Kursus "coaching of coordinator" ini merupakan program tahunan Sekolah Berasrama Penuh KPM untuk memberi latihan dan bimbingan berkaitan pengurusan asrama kepada ahli jawatankuasa tertinggi asrama. Terima kasih. | Tiada data bagi istilah “coaching of coordinator” dalam data DBP. Mengikut Kamus Dewan, “coaching” ialah bimbingan khusus; latihan, manakala coordinator ialah penyelaras; koordinator. Sukacita kami mencadangkan padanan “bimbingan khusus penyelaras” atau “latihan penyelaras”. | Istilah | 06.12.2014 |
Apakah terjemahan kepada JOB COACHING (nama bidang pekerjaan) dan JOB COACH (nama jawatan). Secara ringkasnya, Job Coaching berperanan sebagai pemudahcara/penyelaras bagi kumpulan sasar yang berdaftar dengan JKM (OKU dsb.) untuk mendapatkan kerja di industri. | Kami mencadangkan Job Coaching diterjemahkan kepada Bimbangan Kerjaya | Makna | 06.02.2018 |
Mohon pihak tuan semak..adakah perkataan ini tepat atau perlu pembetulan. Wafa Counseling & Coaching Training Academy = Akademi Latihan Kaunseling & Coaching Wafa | Kami mencadangkan Wafa Counseling & Coaching Training Academy diterjemahkan kepada Akademi Kaunseling dan Kejuruteraan Wafa. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2015 |
Apakah dalam bahasa melayu untuk perkataan JOB COACHING? | Kami mencadangkan Job Coaching diterjemahkan kepada Bimbangan Kerjaya | Makna | 06.02.2018 |
Apakah terjemahan dalam bahasa melayu untuk perkataan JOB COACHING? | Kami mencadangkan Job Coaching diterjemahkan kepada Bimbangan Kerjaya | Makna | 06.02.2018 |
istilah bagi "succession planning", "coaching" dan "mentoring" | Padanan bagi istilah tersebut ialah: 1. Succession planning - perancangan penggantian 2. coaching - bimbingan (pendidikan, pentadbiran) dan tunjuk ajar atau latih (sukan) 3. mentoring - pementoran | Istilah | 23.02.2011 |
1) Apakah istilah yang tepat bagi menggantikan perkataan Coaching & Mentoring? 2) adakah istilah berikut telah diwartakan oleh DBP; TULAR bagi menggantikan VIRAL; PASCA NILAI (POST MORTEM) dan SWAFOTO (SELFIE) | 1. Padanan bahasa Melayu bagi istilah coaching & mentoring ialah Bimbingan dan Pementoran 2. Untuk makluman tuan, istilah tular, pascanilai dan swafoto merupakan cadangan bahasa Melayu bagi perkataan viral, postmortem dan selfie dan perkataan tular, pascanilai dan swafoto boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.01.2017 |
Apakah aspek yang boleh kita sentuh untuk menjawab soalan bagaimana coaching and mentoring membantu memberi kesan yang baik kepada sesebuah organisasi. Baik seandainya pihak tuan dapat memberikan contoh-contoh sekali. Terima kasih. | Padanan istilah bagi "coaching" dan "mentoring" ialah kejurulatihan dan pementoran, iaitu suatu konsep pemantauan daripada pihak atasan/pengurusan terhadap pekerja bawahan dalam sesebuah organisasi. Sila rujuk buku-buku yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang istilah atau pun menghubungi badan kaunseling institusi berkaitan. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Saya ingin mengetahui istilah yang betul untuk "talent pool" dan "talent bench strenght" serta "coaching and mentoring" | Kesemua istilah yang dikemukakan berkaitan pengurusan atau pentadbiran yang belum didaftarkan padanan nya dalam bahasa Melayu. Talent pool bermaksud pengurusan/program membangunkan kerjaya pekerja yang berpotensi. Berdasarkan istilah sumur /telaga minyak, saya cadangkan talent pool = sumur sumber manusia/sumur pekerja. Talent bench strenght = kekuatan tanda aras sumber manusia. Daripada istilah Coach = pembimbing, jurulatih, koc. mentor = mentor. Dicadangkan Coaching= bimbingan, kejurulatihan. | Istilah | 30.07.2011 |