Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan/puan, Adakah terdapat terjemahan khusus dalam bahasa Melayu bagi istilah "coaster bus"? Sekian, terima kasih. | Istilah "coaster bus" masih belum ada dalam Sistem Pangkalan Data DBP lagi. Cadangan yang sesuai bagi istilah "coaster bus" dalam bahasa Melayu ialah bas coaster | Makna | 11.05.2017 |
Salam, Apakah cadangan terjemahan untuk roller-coaster dan bungee jumping? Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "roller-coaster" dan "bungee jumping". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "bungee jumping" ialah terjun lelabah. Perkataan "roller-coaster" dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu. | Istilah | 04.04.2013 |
Salam. Apakah terjemahan bagi 'roller coaster'? Terima kasih. | Perkataan "roller-coaster" dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 13.01.2015 |
1. Roaler coaster dlm BM? 2. Jigjaw puzzle dlm BM? 3. | 1. Ejaan yang betul ialah roller coaster, dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu. | Istilah | 22.04.2012 |
Apakah perkataan bahasa Melayu untuk : 1. secand hand smoke 2. roller coaster Terima kasih | 1. Second-hand smoke juga dikenali sebagai secondary smoke. Dalam bidang Aeroangkasa, istilah bahasa Melayu untuk secondary smoke ialah asap sekunder. 2. Perkataan "roller-coaster" dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu. | Istilah | 19.04.2018 |