code of conduct | tatakelakuan | Istilah | 05.04.2007 |
Terjemahan bagi terma "Code of Practice" ialah Tataamalan. Boleh kan Tataamalan di tambah perkataan Kod di depan nya dan menjadi Kod Tataamalan bagi menjadikan ia selari dengan Code of Practice? | Menurut data kami, terjemahan bagi "Code of Practice" ialah tataamalan dan perkataan tersebut telah mantap tanpa perlu ditambah dengan perkataan "kod" di hadapan. | Makna | 04.05.2016 |
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. "Code of Practice" merupakan suatu set kaedah bertulis yang menerangkan bagaimana orang yang bekerja dalam profesion atau kumpulan tertentu harus bertindak. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Code of Practice" - Kod Amalan, Kod Tata Amalan atau apa-apa terjemahan lain? Sekali lagi, terima kasih | Istilah "code of practice" dalam bahasa Melayu ialah "tataamalan". | Penyemakan dan penterjemahan | 22.07.2019 |
Salam. Saya hendak mengetahui terjemahan Bahasa Melayu bagi istilah "QR Code". QR pula merupakan singkatan bagi Quick Response. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Terjemahan QR Code: Kod QR atau Kod respons pantas. Sekian, terima kasih. | Makna | 20.06.2017 |
Salam sejahtera, Yang mana satukah terjemahan yang sesuai bagi "Code of Business Conduct and Ethics"? a) Tatakelakuan dan Etika Perniagaan b) Tatakelakuan Perniagaan dan Etika Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih. | Kami mencadangkan "Code of Business Conduct and Ethics" diterjemahkan kepada Tatakelakuan Perniagaan dan Etika. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.07.2015 |
Selamat pagi DBP, Saya ingin meminta tunjuk ajar DBP berhubung soalan-soalan berikut: 1. Code switching = peNcampuran kod atau peRcampuran kod? 2. Semantic Trait = trait semantik? 3. adakah | 1. code switching - alih kod (bidang Linguistik) 2. semantic trait - ciri semantik (bidang Linguistik) | Istilah | 15.04.2011 |
Saya ingin mendapatkan kepastian istilah yang lebih sesuai bagi istilah Bahada Inggeris 'Code of Ethics and Conduct'? Sama ada 'Kod Etika dan Tatakelakuan' atau 'Kod Etika dan Tatalaku' atau 'Tataetika dan Kelakuan' atau 'Tataetika dan Tatalaku'? | 'Code of Ethics and Conduct' - 'Kod Etika dan Tatakelakuan' | Istilah | 30.01.2018 |
1. apakah pandangan dbp terhadap perkembangan bahasa (code switching) iaitu bm ke bi dan sebaliknya. 2. sejauhmanakah pengaruh bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu dan apakah kesan2nya. 3. sekiranya saya ingin tahu lebih lanjut tentang hal di atas siapakah pegawai dbp yg boleh dihubungi atau dari mana sumber rujukan boleh diperolehi | Saudara, 'Code switching' biasanya berlaku secara spontan dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa yang menguasai dua bahasa atau lebih. Dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sempurna tidak seharusnya berlaku 'code switching'. Untuk maklumat lanjut saudara perlu membuat kajian dan rujukan kepustakaan tentang perkara ini di perpustakaan di tempat saudara atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui alamat khidmat1@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.10.2009 |
Saya ingin kepastian iistilah sebenar 'code of conduct' di dalam Bahasa Malaysia adakah ianya Tatalaku atau ada perkataan lain yang lebih tepat. Kalau ianya Tatalaku bagai dengan ejaan yang betul sama ada Tatalaku atau Tata Laku | En. Aziz, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah tatakelakuan. | Istilah | 06.07.2009 |
KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI red one DIMILIKI OLEH:90 CODE TELESHOP(003247110-A) | Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. Terima kasih. | Lain-lain | 01.12.2022 |