Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah: 1. 'wake up coffee' 2. take-away coffee Sekian, terima kasih. | Kedua-dua istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sila berikan maksud dan konteks penggunaan kedua-dua istilah tersebut. | Istilah | 25.06.2016 |
Salam sejahtera, tuan/puan. Saya bekerja dalam industri kopi/kafe. Kami sentiasa menggunakan terma 'specialty/speciality coffee'; ia merujuk kepada jenis kopi arabika yang berkualiti tinggi, ditanam dan diproses secara khas dan datang daripada sesebuah negara pengeluar kopi secara khusus. Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'specialty/speciality coffee'? Untuk definisi lengkap 'specialty/speciality coffee', tuan/puan boleh rujuk laman web Specialty Coffee Association of America: http://scaa.org/?page=RicArtp1 Kami berharap pihak DBP dapat membantu kami. Terima kasih. AFIQ AMMAR KHAN Barista Guild Asia afiq@bga.com.my | Salam sejahtera, Untuk frasa 'specialty/speciality coffee', kami mencadangkan supaya diterjemahkan kepada kopi istimewa kerana merujuk kepada jenis kopi, cara penanaman dan pemprosesannya yang dibuat secara khas, di samping didatangkan daripada pengeluar kopi yang khusus. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.06.2017 |
Salam Mohon semakan terjemahan bagi ayat-ayat di bawah: A rich and intense dark coffee with notes of sweet fruits. Kopi pekat yang pahit dan kuat dengan aroma dengan perisa buah-buahan manis. Fresh and fruity medium roast with notes of chocolate and vanilla. An extraordinary single-origin coffee with a unique story to tell. Panggang sederhana berasa buah dan segar dengan aroma serta perisa coklat dan vanila. Kopi asal tunggal yang luar biasa dengan kisah unik untuk diceritakan. Premium coffee with a purpose. Uganda coffee farmers growing together through business, not charity. Every cup matters. Kopi premium dengan tujuan memanfaatkan. Peladang kopi Uganda bersama-sama berkembang melalui peniagaan, bukan kebajikan. Setiap cawan kopi itu penting. A medium-dark coffee with a good body, a fruity acidity and notes of cocoa in the aftertaste for a typical coffee experience. Kopi sederhana pekat dengan tekstur yang sederhana, keasidan berasa buah serta perisa koko dalam kesan rasa untuk merasai pengalaman kopi yang tipikal. Terima kasih. | Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2021 |
Bolehkah saya terjemahkan 'coffee time' kepada waktu berkopi? | “Coffee time” dalam istilah pentadbiran perniagaan diberikan padanan “waktu rehat” iaitu, waktu berehat yang pendek pada waktu pagi atau petang yang menyajikan kopi atau teh dan makanan ringan. Lagipun, secara amalannya, ada pelbagai jenis minuman bukan sahaja kopi yang boleh diminum masa rehat, maka ‘waktu berkopi’ sangat harfiah terjemahannya. | Istilah | 09.04.2014 |
Adakah 'drip coffee' boleh dikekalkan dalam bahasa Inggeris?Jika perlu diterjemahkan, bolehkah ia diterjemahkan sebagai 'kopi drip'? | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah drip coffee maker yang dipadankan sebagai pembancuh kopi titisan. Pembancuh ini menggunakan kaedah titisan air panas.
| Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2018 |
Asalamualaikum Apakah terjemahan yang sesuai untuk: Ground press coffee, dark roast Terima kasih! | Terjemahan bahasa Melayu untuk "ground press coffee, dark roast" ialah biji kopi panggang yang pekat. Walau bagaimanapun, terjemahan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Makna | 01.09.2020 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang paling tepat bagi perkataan "smooth" yang digunakan untuk menggambarkan kopi, cth. "a smooth coffee"? Di sini, "smooth" digambarkan sebagai "a coffee that is neither bitter nor sour. Yet its positive characteristics are not overwhelming either. Smooth coffees are generally not terribly complex." Adakah perkataan "halus" sesuai digunakan? Cth, kopi yang halus rasanya. Terima kasih. | Perkataan rasa kopi yang halus sesuai untuk padanan “a smooth coffee taste” | Makna | 18.03.2018 |
Salam sejahtera tuan. Terima kasih untuk jawapan yang diberikan mengenai terjemahan "coffee corner" kepada "sudut kopi". Saya berikan contoh ayat di bawah; Michael mencadangkan mesin pemanas air dan biskut disediakan di "sudut kopi" (coffee corner) jika ada pelawat dibawa ke sana. Apakah terjemahan "sudut kopi" itu sesuai dengan tatabahasa Melayu? Atau ada cadangan perkataan lain yang lebih tepat? Terima kasih. | Untuk makluman, tiada padanan bahasa Melayu yang lain untuk "coffee corner" selain sudut kopi. Walau bagaimanapun, cadangan lain yang boleh digunakan ialah sudut minuman | Istilah | 01.03.2017 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk terma 'informal coffee and chat session'? Bolehkah ia diterjemahkan sebagai 'sesi minum kopi dan sembang santai? | Frasa "'informal coffee and chat session" boleh dipadankan dengan frasa bahasa Melayu sesi minum dan sembang santai. | Makna | 26.10.2021 |
Salam, Saya ingin bertanya apakah kata terjemahan yang paling tepat untuk "coffee sleeve"? Thanks | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "coffee sleeve" dalam pangkalan data istilah DBP. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelapik luar cawan. | Istilah | 28.12.2016 |