Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ /it, money/, (colloq) mengecap duit: he is in the oil business and is really ~ing it in, dia dlm perniagaan minyak dan benar-benar mengecap duit; to ~ a phrase, (humorous) kalau hendak menggunakan bidalan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. make money by stamping metal, mencetak duit syiling: the mint is ~ing pounds, kilang wang itu mencetak duit syiling paun; 2. invent, mencipta: new words are being ~ed, kata-kata baru sedang dicipta; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : pay so. back in his own ~, memulangkan paku buah keras; the other side of the ~, keadaan sebaliknya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. piece of metal made into money, duit, (duit) syiling: a 10p ~, duit syiling 10p; 2. metal currency, (duit) syiling; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata coin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat. Mohon cadangan istilah yang sesuai bagi perkataan yang berikut: 1) Lithium cooper recloser, 2) 6-line recloser battery, 3) Battery with wire leads, 4) Lithium coin blister card/pack, 5) Battery pack assembly (process of integrating modules into metal or carbon-fiber composite enclosures that incorporate power, charging and temperature management features). Terima kasih.Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut:

1. Pembalut Tembaga Litium
2. Pembalut Bateri 6 Garisan
3. Bateri dengan Wayar Kabel
4. Pek/Kad Gelumbung Bulatan Litium
5. Himpunan Pek Bateri

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini adalah bergantung pada kesesuaian dan  konteks penggunaan tuan.
Lain-lain07.01.2021
Pada 5 Mei, saya memohon untuk pengesahan ejaan bahasa pada visual papan tanda, sepertimana yang dikehendaki oleh MBPJ, semasa membuat permohonan lesen perniagaan. Walau bagaimanapun, ia tidak diluluskan (8917/2014) dan dua pindaan dinyatakan diperlukan: (1) menukar "24 hour" kepada "24 Jam" dan (2) "Self-service Coin Laundry" kepada "Mesin Kendalian Syiling Layan Diri". Saya ingin bertanya mengapakah pindaan ini diperlukan? Papan tanda ini menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dimana ayat "Mesin Dobi Layan Diri" adalah lebih besar dan ayat Inggeris menggunakan ayat-ayat "Self-service Coin Laundry" dan "New Concept Laundry Shop" serta "24 hour" (dalam simbol) - sila lihat lampiran. Adakah Bahasa Inggeris tidak boleh digunakan dengan lebih banyak dari Bahasa Malaysia? Perlukan ayat dalam Bahasa Malaysia merupakan terjemahan tepat? Saya harap tuan dapat memberi tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk makluman, perkataan yang bukan nama khas atau cap dagang perlu diterjemah kepada bahasa Melayu. Sekiranya tuan ingin mengekalkan bahasa Inggeris, tuan perlu letak kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Lain-lain07.05.2014
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut:

1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia.

2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Istilah18.07.2021

Kembali ke atas