APAKAH PENJODOH BILANGAN UNTUK COKLAT? SEPAPAN COKLAT TRANSLATION FROM A BAR OF CHOCOLATE | Penjodoh bilangan bagi "a bar of chocolate" ialah sekeping coklat. | Lain-lain | 05.12.2009 |
1) Terjemahan perkataan "Chocolate malt" yang mana adalah betul? = "Coklat malt" atau "Malt Coklat" 2) Adakah terjemahan betul untuk "chocolate malt coffee" kepada "Kopi malt coklat"? | Padanan chocolate malt dalam bahasa Melayu ialah malt coklat dan chocolate malt coffee ialah kopi malt coklat. | Istilah | 06.09.2013 |
1. Perkataan 'koko' adakah satu istilah bagi nama warna? 2. Apakah beza warna koko dan coklat? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koko bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. Manakala coklat bermaksud 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap. Kebiasaannya dalam konteks nama warna, istilah coklat lebih tepat. | Lain-lain | 08.06.2010 |
Kedai Coklat | Kedai Coklat | Tatabahasa | 08.06.2007 |
Salam mesra. Saya Mei Ling. Saya ingin tanya sama ada terjemahan untuk 'a bar of chocolate' ialah 'sepapan coklat' atau 'sekeping coklat'. Terima kasih. | Cadangan kami ialah Sekeping Coklat. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.10.2019 |
Apakah terjemahan untuk "light brown" dan "dark brown"? Adakah coklat cerah dan coklat gelap? | Istilah warna dalam bahasa Melayu untuk: Light brown = Perang muda Dark Brown = Perang tua Terdapat istilah warna-warna yang tertentu mengikut ton yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun terdapat juga istilah umum yang biasa digunakan seperti istilah warna dalam soalan. Terima kasih. | Istilah | 22.09.2017 |
Penggunaan tanda baca yang mana betul? "Kamu mahu jadi apa, asyik makan coklat sahaja?" @ "Kamu mahu jadi apa? Asyik makan coklat sahaja." | "Kamu mahu jadi apa? Asyik makan coklat sahaja." | Ejaan | 13.10.2011 |
Salam, bolehkah tuan/puan jelaskan, antara ayat berikut, yang manakah betul? A. Ibu banyak membeli coklat sebagai buah tangan. B. Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan. Sekian, terima kasih. | Ayat yang tepat ialah "Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan." Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
Salam, bolehkah tuan/puan jelaskan, antara ayat berikut, yang manakah betul? A. Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan. B. Ibu banyak membeli coklat sebagai buah tangan. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan." Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
Saya ingin bertanya tentang terjemahan perkataan "chocolatier" dalam bahasa Melayu. Saya ingin membuat artikel tentang pekerjaan "chocolatier" ini tetapi tidak tahu perkataan dalam bahasa Melayunya. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "chocolatier" ialah penjual coklat atau pembuat coklat. | Istilah | 16.02.2016 |