| selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah ejaan yang betul Pra-Columbia atau Pra-Kolumbia? | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah Pra-Columbia. | Ejaan | 17.12.2019 |
| Bagaimana hendak menulis Bibliografi untuk artikel yang dipeti daripada internet? Sebagai contoh: Ana Ghoib. (Jan 8, 2015). Fenomena suhu sejuk melampau akan berulang. Berita Terkini. Diambil daripada: malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ | Berikut diberikan format penulisan bibliografi untuk artikel daripada Internet: (a) Nama pengarang. (b) Tarikh data dalam tanda kurung. (c) Tajuk bahan. (d) Nama penerbit. (e) Alamat laman sesawang. (f) Tarikh melayari laman sesawang dalam tanda kurung. CONTOH: Taylor, Todd. (15 Mei 2002). “The Elements of Citation: Basic CGOS Style”. Columbia University Press. columbia.edu/cu/cup/cgos/idx_basic.html">http://www.columbia.edu/cu/cup/cgos/idx_basic.html (23 Mei 2002). Ana Ghoib. (8 Januari 2015). “Fenomena Suhu Sejuk Melampau akan Berulang”. Berita Terkini. http malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ ( ? ) | Lain-lain | 08.07.2015 |