Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. criticism, opinion, observation, komen; (fml) ulasan, komen: he is always making ~s on my behaviour, dia selalu membuat komen ttg kelakuan saya; all the ~s made after the performance were favourable, semua ulasan yg dibuat selepas persembahan itu adalah baik; I would like your ~s on the essay, saya mahu ulasan kamu ttg esei itu; fair ~, komen yg wajar; no ~, tdk ada komen; 2. talk, komen: her style of dressing aroused ~s, gaya dia berpakaian menimbulkan banyak komen; if I were you, I’d ignore all the ~s, kalau saya jadi kamu, saya tdk akan mengendahkan semua komen itu; 3. reflection, gambaran, cerminan: the article is a sad ~ on the present state of offairs, rencana itu memberikan gambaran yang menyedihkan ttg keadaan semasa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi give opinion, membuat komen; (fml) membuat ulasan, mengulas; (colloq) mengomen: everybody ~ed on his absence, setiap orang membuat komen ttg ketidakhadirannya; the minister declined to comment on the election results, menteri itu enggan mengulas ttg keputusan pilihan raya tersebut. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata comment


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya perbezaan ayat-ayat sindiran & ironi dalam bahasa melayu. Saya sedang melakukan penyelidikan dalam bidang ini dan perlukan pengesahan. Untuk makluman, saya sudah ada dataset ayat-ayat sindiran dan ironi, ini saya collect dari social media data seperti facebook comment & twitter comment. Cuma, saya perlukan pengesahan dan nasihat dari pakar bahasa di DBPi untuk menentukan aya-ayat dari dataset saya ini sama ada berbentuk sinidiran atau ironi. Sebagai contoh, secara manual, saya menganalisa 2 ayat ini yang diambil pada komen di Facebook pada posting mengenai Bajet 2024 adalah seperti dibawah; 1. Perkukuh ekonomi negara je, ekonomi rakyat hampeh, duit melayang, habis kami semua dikerjakan (SINDIRAN). 2. Bajet dari kerajaan paling BAGUS di dunia. (IRONI) Saya diberitahu daripada team kajian saya bahawa saya boleh menghubungi pihak DBP untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar bahasa mengenai kajian saya ini. Jadi, saya memerlukan khidmat nasihat & pengesahan sekiranya ada Pakar Bahasa Melayu dari DBP yang dapat membantu kajian saya, mungkin kita boleh berjumpa dan berbincang secara terperinci. Terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, sindiran bermaksud kata-kata sinis atau tajam yang disampaikan secara berkias atau secara tidak terus terang, biasanya untuk bergurau, menegur kesalahan seseorang, meluahkan perasaan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Ironi pula bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya.

Untuk data penyelidikan seperti yang dimaklumkan, puan perlulah menjalankan penyelidikan dan analisis berdasarkan kajian puan. Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan analisis data atau kajian bagi penyelidikan. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan ini, puan boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan seperti Kamus Dewan Perdana dan Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.

Lain-lain20.12.2023
apakah terjemahan untuk 'pinned comment' dalam bahasa Melayu, adakah ia dipanggil komen disematkan? Terima kasih , Jazakallahu KhairanCadangan terjemahan bagi pinned comment ialah "komen cemat"Makna01.03.2022
definisi borang kaji selidik dan definisi comment cardBorang kaji selidik ialah borang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki atau diminta tentang sesuatu perkara. Kad cadangan ialah kad atau borang yang disediakan untuk diisi oleh kumpulan tertentu jika ada sesuatu yang perlu dibaiki misalnya berkaitan sistem  perkhidmatan dan sebagainya. Makna12.08.2008
""__ akan mengiringi baginda sultan ke Betawi," kata laksaman Tahir kepada Temenggung Tuah. jawapan = hamba?" Reply to this email to commentKata ganti nama diri yang betul ialah hamba.Tatabahasa08.07.2013
Assalamu'alaikum, boleh tahu terjemahan yang paling sesuai untuk istilah: 1) Ahmad tag you in a post 2) Ahmad mention you in a comment

Waalaikumussalam. Terjemahan yang dicadangkan ialah: 1) Ahmad meletakkan tanda pada gambar berkaitan anda yang dihantar dalam facebook; dan  2) Ahmad ada menyebut tentang anda dalam komennya di facebook.

Penyemakan dan penterjemahan16.02.2017
ingin mendapatkan pengesahan daripada dewan bahasa dan pustaka untuk bahasa dalam banner.. dbp.jpeg adalah contoh banner or visual banner untuk promosi tahun ini.. tolong memberi comment dan jika boleh tolong kasi nasihat atau kelulusan untuk saya membuat perhantaran kepada mbpj
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.
Lain-lain25.04.2017
Tuan/Puan, Mohon semakan untuk terjemahan Microaggression. Adakah sesuai diterjemah sebagai Mikroagresi? Microaggression ini adalah istilah yang digunakan dalam Code of Conduct (Kod Tatakelakuan) dan didefinisikan sebagai "a comment or action that subtly and often unconsciously or unintentionally expresses a prejudiced attitude toward a member of a marginalized group (such as a racial minority)"Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut:

microaggression  -  langsang mikro
 
Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah27.06.2022
Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia Madani. Saya ingin bertanya apakah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi perkataan-perkataan yang sering digunakan dalam bidang pemasaran dan media sosial seperti berikut: 1. Call to action 2. Please Like, Comment and ShareSila berikan konteks penggunaan perkataan dan ayat untuk diberikan padanan bahasa Melayu.Lain-lain13.07.2024

Kembali ke atas